Macam-macam kuih



SARDINE ROLL
recipe taken from http://kakteh.blogspot.com/2005/05/sardine-rolls.html

For the pastry
250grm butter
500 grm plain flour
a pinch of salt
cold water

Use rubbing in method to mix flour and butter until they become like bread crumbs. Add the salt and pour in the cold water and knead it into a dough. Leave the dough under damp cloth.

For the filling
1 tin of sardine in tomato sauce
chopped onions
one chilli – chopped as well
a squeeze of lemon
a pinch of salt

Mash the sardine and add the chilli and onions and salt and a squeeze of the lemon.

Roll out the dough and cut out into rectangles. Put the filling and roll.Do little cuts on the rolls before brushing egg yolk on top. Bake for about 40 mins.


*Disebabkan malas so maisya buat 4 ketul roll yg panjang...dah lepas bakar baru maisya potong pendek-pendek.

*Maisya bakar suhu 180 C , api atas dan bawah selama lebih kurang 40 minit.




BLUEBERRY CHEESE TARTS
recipe posted by 1mas2ra at FNR


Sugar Dough (as basis for all tart pastry)
250g butter
125g icing sugar
1 'B' egg
440g plain flour

Filling
250g Philadelphia cream cheese
60g gula caster
20g butter
1 'B' egg

Blueberry filling

1. Pukul butter dgn icing sugar sampai kembang.
2. Masukkan telur, pukul sampai sebati (well mixed).
3. Masuk tepung, gaul hingga rata.
4. Cubit sikit dan tekan dalam tart mould yang telah digris. Tekan dalam mould dengan fork.
5. Bakar 180C untuk 10-12 minit (3/4 masak). Keluar dan ketepikan.
6. Untuk filling, pukul cream cheese, gula dan butter sampai kembang, masuk telur dan pukul hingga rata.Masukkan dalam piping beg.
7. Bubuh dalam 1/2 sudu kecil blueberry dalam tat shell dan pipekan cheese ke atasnya.
8. Bakar 180C dalam 5-10minit. Angkat.

Nota:
Pastry tu biar nipis pasal bila bakar ia kembang (tebal), tak sedap pasal tak crunchy.
Utk decoration bubuh sikit filling atas cheese dan swirlkan dengan lidi sebelum bakar.
Boleh buat banyak dan simpan dalam air tight container, tahan 1 bulan.
Banyak mana blueberry tu actually ikut citarasa masing2.
Blueberry boleh diganti dengan strawberry atau kiwi filling.

*Maisya guna jem blackcurrant sebagai filling, ada separuh tu bubuh adunan coklat.


Filling Kastard telur
http://babybatriesyia.fotopages.com/?entry=1053416

280 gm susu segar
160 gm gula
3 biji telur
1 sudu teh esen vanila

Susu segar dan gula dimasak di atas api hingga semua gula larut. Tutupkan api. Dengan menggunakan whisker, masukkan telur dan esen vanila. Kacau perlahan-lahan sahaja. Kemudian tapiskan.

Masukkan adunan ini ke dalam tart yang separuh masak tadi dan bakar selama 15-20 minit pada suhu 175'C. Sejukkan sebelum dialihkan dari acuan.

*Maisya ambik masa yg lama jugak bakar sebab masa 20 minit tu inti still lembik je tak masak lagik.




CREAM PUFF

yani@myresipi.com
http://myresipi.com/top/detail/235

Bahan-bahan ( 10 biji )
100ml air
45g butter-suhu bilik, potong 1cm
60g tepung gandum- diayak
2 biji telur


Cara-cara

Panaskan oven pada suhu 200C. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih bercampur.
Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api. (maisya sejukkan dulu adunan sebelum campur dgn telur)
Masukkan telur, kacau cepat-cepat.
Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang .
Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.
*Maisya buat saiz sederhana dapat dlm 30 biji

Inti Kastad

mailto:honey@
http://myresipi.com/top/detail/98

Bahan-bahan ( lebih kurang 300ml )

* 1 sudu besar tepung
* 1 sudu besar tepung kastad
* 4 sudu besar gula
* 200cc(1 cup) susu segar
* 1 biji telur (L size)
* 1 sudu besar mentega

Cara-cara

1. Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.
2. Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
3. Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat.
4. Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau.

*Maisya tak de microwave so masak atas dapur je. Maisya campur semua bahan kecuali mentega dan kacau sampai pekat. Lepas tu masukkan mentega dan kacau rata.

*Inti ni sedap berbanding dengan resepi lain yg maisya pernah cuba sebelum ni







DOUBLE CHOCO DOUGHNUT

yani@myresipi.com
http://myresipi.com/top/detail/3591

Bahan-bahan ( +- 20 biji )
1 biji telur
50g gula halus
4 sudu besar susu segar
80g tepung naik sendiri atau (80g tepung gandum + 1sk baking powder)
30g serbuk koko
50g coklat masakan(white chocolate or milk chocolate)
minyak secukupnya
kelapa kering secukupnya.

Cara-cara
Ayak tepung dan serbuk koko.
Kemudian masukkan susu, telur dan gula ke dalam no.1 tadi. Kacau sehingga sebati.
Panaskan minyak. Bila minyak dah panas, ceduk adunan tadi dengan sudu kecil dan masukkan ke dalam minyak panas. (kalau nak senang guna 2 btg sudu - lebih kurang macam buat jemput2lah).
Gorenglah sehingga masak.
Cairkan coklat masakan dengan kaedah double boiler. Bila coklat dah cair. Padamkan api. Masukkan donut yg dah siap digoreng tadi. Gaul sehingga rata. Kemudian cover pulak dengan kelapa kering.
Siap utk dihidang.
Milo version: ganti kelapa kering dengan milo


*Maisya buat semua jadik merekah bila digoreng, tak tau pasai apa. Maisya golek dlm gula je sebab tak de cooking chocolate kat rumah. Anyway memang sedap donut ni, lembut je...terasa cam makan kek coklat pun ye jugak. Kalau salut dengan cooking chocolate tu mesti lagi best!

***UPDATE 03/03/2008**
dah try sekali lagi buat double choc donut ni...kali ni dah tak merekah lagik...haritu adunan tu maisya just kacau-kacau sikit je sampai sebati tapi kalau ni maisya kacau betul-betul sampai smooth adunan tu dan jugak maisya tambah lagik 1 sudu besar susu sebab rasa macam pekat sgt adunan tu(maybe telur yg digunakan size kecik). Kali ni coat dengan choc dan milo. Sebenarnya maisya malas betul dengan kerja-kerja renyah cam ni ( sebab tu tak pernah buat biskut almond london...malas nak salut biskut dgn choc satu-satu ).....tapi nak try jugak ikut original resepi so buat le jugak...comot betul jadiknya...ni gambar sebelum dan selepas disalut dgn choc dan milo.






Ulasan

Soulha,Cairo berkata…
Alahai geramnya tenok double coco donut tu..macam nak satu ngap jer..sardin roll,pun nampak menarik sekali..

dan beli acuan tart yer? pasnie mesti mcm2 tart keluar..rajin ler kak maisya...
Maisya berkata…
soulha,
double choc donut tu kalau tengok tuan empunya resepi(yani) tu punya gambar lagik geram...lawa je bulat-bulat.
acuan tart tu baru beli haritu...dok pegang,letak,pegang letak...at last ambik jugak walaupun rasa cam mahal sikit...size sederhana sedozen RM7.50...kalau ada 2 dozen baru best sebab satu tray oven tu memang boleh masuk sedozen. Nak buat tart shell tu kena tunggu angin rajin ler...tedious sungguh nak tenyeh satu-satu.
umeboshi berkata…
seronok tengok gambo kuih2 ni. kiter suka amat2 suka blueberry cheese tart!! ehehe.. eh, sorry. k.maisya kat kulim ek? 22hb ni kiter p kenduri kawin Buih kat kulim. k.maisya sekeluarga dijemput ek. nanti kiter email kan kad kawin dia..
umeboshi berkata…
k.maisya..kasi email address please. email ke r_patina@yahoo.com atau noora_ume@yahoo.com
Maisya berkata…
noora,
hopefully kita boleh jumpa masa kenduri tu nanti