Kek Raya

Ni kek yg sempat dibuat utk raya


Kek pandan ni bawak balik ke rumah parents dan jugak mertua. Buat satu adunan tapi bahagi 2 bekas so dapat le kecik je setiap satu. Toppingnya tak buat sebab malas.

KEK MENTEGA PANDAN KELAPA
http://resipinoraini.blogspot.com/2008/04/kek-mentega-pandan-kelapa.html

Bahan-bahan :
270 gm mentega
230 gm gula kastor
5 biji telur B
60 ml santan segar @kotak
1 sudu besar pes pandan
240 gm tepung kek@ tepung gandum
30 gm kelapa kering
1/2 sudu teh serbuk penaik

Bahagian atas (topping):
40 gm mentega
35 gm gula aising
55 gm kelapa kering
Cara Membuatnya :
1. Putar mentega dan gula hingga gebu dan putih selama 10 minit.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul hingga sebati.
3. Masukkan santan dan pes pandan sedikit-sedikit hingga sebati dalam adunan.
4. Tepung diayak bersama serbuk penaik dan masukkan sedikit sedikit ke dalam adunan diatas.Diikuti dengan kelapa dan gaul sebati.
5. Griskan tin pembakar empat segi atau bulat berukuran 9 inci dan lapik kertas serap minyak.
6. Tuangkan adunan kek kedalamnya.
7. Untuk membuat toppingnya, pukul mentega dan gula hingga sebati lalu dimasukkan kelapa dan gaul lagi.Taburkan topping diatas adunan mentah tadi.
8. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan ke suhu 180 darjah celcius selama 45 minit.






Kek marble ni buat utk open house kat rumah parents. Guna resepi yg ni: Kek Marble Susu




Kek coklat ni adik yg buat. Guna resepi yang ni: Kek Coklat








Kek ni plak buat beberapa hari before raya( 26hb September )...utk birthday Sarah yg kedua. Kek coklat ni cara buatnya sempoi macam resepi yg pernah maisya try before ni( ops bila check balik maisya belum letak resepi kek yg dulu tu rupanya...hu..hu..). Tapi tak tau silap tang mana or memang macam tu sepatutnya(?)...kek tu macam mampat ...tak berongga tapi still lembut la cuba tak berapa minat le kek yg macam tu.

KEK COKLAT RICH N MOIST
recipe posted by Water_lily @ FNR

Bahan-bahan A;
2 biji telur saiz besar
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat + air (terpulang nak manis lebihkan susu as long as semua campuran jd 1 cawan)
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh bikarbonat soda
1 sudu teh baking powder

Bahan B;
1 cawan air panas menggelegak.

Cara-cara :
1. campurkan semua bahan A dlm sebuah mangkuk. kacau n gaul rata. tak payah pukul pun.
2. bila bahan di atas semua dah gaul sebati, masukkan Bahan B iaitu secawan air panas menggelegak tadi dan kkacau rata.
3. tuang adunan dlm loyang dan bolehlah dikukus selama lebih kurang 45 minit or hingga masak.

Untuk toppingnya maisya guna resepi ni:

CHOCOLATE TOPPING
resepi dari ahpek di FNR

Bahan
1 tin susu pekat - boleh kurangkan jika takut manis
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan minyak jagung atau apa2 minyak lah
1/3 cawan serbuk koko
sedikit garam

Cara membuat (sentiasa kacau sehingga selesai)
1. Campurkan susu, koko dan minyak.
2. Masak di atas api yang sederhana sehingga pekat, sambil gunakan whsiker, kacau sentiasa
3. Masukkan garam dan vanila.
4. Tak perlu menggelegak - nanti hangus, agak2 je pekat dia.
5. Bila dah sejuk betul, tuangkan ke atas kek rata2. Kalau tercair, senang je nak kasi pekat, masuk je dlm peti ais.


*resepi ni topping dia x keras bila sejuk.tp untk sesape yg x suka topping cair x sesuai kot resepi ni.




Ni dia resepi yg lebih kurang sama macam yg atas ni...yang ni maisya buat bulan 4 haritu.

CHOCOLATE CAKE
di'copy' bulat-bulat dari
http://mapley.fotopages.com/?entry=1010475

1 3/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan serbuk koko
1 1/2 camcateh baking powder
1 1/2 camcateh baking soda
1 camcateh garam
2 cawan gula castor
2 biji telur
2 camcateh esen vanila
1/2 cawan minyak sayuran
1 cawan susu segar, dipanaskan

Cara2: (yg ni pelik skit, tp ikut aja, insyaAllah jadi!)
1. Gaulkan tepung gandum, gula, koko, baking powder, baking soda dan garam sehingga sebati.
2. Masukkan telur dan minyak sayuran dan pukul selama 5 minit. (The batter will be a bit tough for a cake, but it's ok)
3. Akhir skali barulah masukkan susu segar dan pukul selama 5 minit lagi (adunan sgt cair). Be careful sbb the batter will splash everywhere and keep in mind the milk is hot.
4. Masukkan semua adunan ke dalam 1 loyang SAHAJA (agak2 22cm diameter). The cake will most definitely naik gila2, tp jgn panic. It will shrink back bila dah sejuk (something like gateau). Kalau adunan dibahagi dlm 2 loyang, you won't get its superb moist.
5. Bakar dalam oven (yang dah preheat), 180 degrees Celcius selama lebih kurang 40 minit.






this one buat before puasa lagi...guna resepi yg ni: Kek Gulung Batik
Cuma kali ni tukar choc emulco kepada strawberry emulco dan intinya guna jem strawberry.


Ulasan

Bal aka Zai berkata…
Wah meriah kek kak Maisya..nampak sedap2..
|| syazwaniadnan || berkata…
kak maisya..
wani ade bg kwn recipe shared by k.water lily tu..
bile mak kwn tu tgk die kate "bantat ke kek ni? xde rongga pun, mampat je.."
bile kwn tu tny wani, wani x dpt nk jwb sbb xpernah cuba recipe ni..
so wani ckp la, kalau xde nampak berlapis mcm "bantat" tu, ok la tu.. kire jadi je la..
tp die kate kek tu tetap mendapat sambutan..

jadi, wani rase recipe ni mmg mcm tu la kak maisya..
dulu wani ade try recipe yg lbh kurang ngan yg ni..
mmg dia mcm sesuai utk buat muffin kukus je..
sbb kalo muffin kukus, mmg "tersenyum" la muffin tu..

tp, kek coklat ni, jadi atau x, mmg tetap dihati!! lagi2 budak2 kan kak!!=)
MyLilBundle berkata…
salam kak maisya..
wahh meriah tui raya akak nga kek yg pelbagai erk... rajin sungguhlaaa hai akak kita ni :D
heheee
Maisya berkata…
bal,
kek-kek yg bal buat lagik meriah

wani,
ooo...betullah tekstur dia cam tu agaknya..tak syok plak makan tapi habih jugaklah ..he..he..

shima,
kek raya tu 2 jenis je...kek yg lain tu buat dah lama...saja update sekali harung je.
zira berkata…
salam kak maisya..meriahnya raya akak dgn kek²..siwss roll tu menarik sgt..kaler pun cantik jer
Maisya berkata…
zira,
skrg swiss roll tgh hangat di kalangan member-member fotopages/blog...tak mo join sama ke?
Unknown berkata…
Sedapnye..bleh buat untuk bufday kakak ni..