Homemade Cheese

Pernah tak cuba buat cheese sendiri? Sejak Maisya terjumpa resepi mudah untuk buat cheese sendiri kat rumah memang teringin nak cuba tapi asyik tertangguh jer. At last berjaya juga merajinkan diri untuk cuba.

Cheese yang paling sempoi nak buat ialah Yogurt Cheese...cuma beli natural yogurt tu( cth jenama Sunglo )...lepas tu letak atas tapis yg dialas dengan kain dan biarkan semalaman untuk mengasingkan cecair....dah jadik le yogurt cheese!

Yogurt cheese dan cottage cheese boleh menggantikan cream cheese;

1 cup Cream cheese =
1 cup pureed cottage cheese OR 1 cup plain yogurt, strained overnight in a cheesecloth
(info dari
http://allrecipes.com/HowTo/Common-Substitutions/Detail.aspx )


Tapi sebab asyik terlupa jer nak beli natural yogurt ni so Maisya try resepi yg paling simple yang Maisya jumpa kat sini:

Cottage Cheese
http://www.ajiwai.com/otoko/make/cottage.htm
1 liter susu
1/2 cawan air perahan lemon/ cuka

-tuangkan air perahan lemon ke dalam susu yg telah dipanaskan ke suhu lebih kurang 60 C. Kacau sedikit dan biarkan dalam 10 minit.
-Tuangkan ke atas penapis yg dah dilapik dengan kain untuk asingkan pepejal dan cecair. ( Yang pepejal ni lah cheese dan yg cecair tu dipanggil whey milk...jangan buang whey milk ni sebab byk kegunaannya ....nanti cerita kat bawah plak pasal whey milk ni )
-pegang bucu kain dan bunjutkan cheese tu. Celupkan dalam bekas berisi air dan goyang-goyangkan beberapa kali( utk menghilangkan rasa dn bau lemon/cuka )...yang ni optional, kalau tak mahu buat pun ok especially jika cheese ni nak guna utk buat cheesecake or anything yg memang perlukan rasa masam lemon.
-angkat, toskan airnya dan perah sikit utk mengeluarkan lebihan air.
-dah sedia utk digunakan...gaulkan dengan garam jika digunakan dalam salads


Malangnya my first try tak menjadi( rugi jer 1 liter fresh milk! )...susu tu tak mendadih seperti yg sepatutnya so terpaksa buang aja.

Lepas tu buat research lagik kat internet, nak cari kat mana silapnya. Jumpa pula resepi dengan a few tips kat sini :

Homemade Cottage Cheese

http://cookpad.com/horsetail/recipe/236532/


menghasilkan lebih kurang 200 - 300g cheese

bahan-bahan:
1 liter susu
4 sudu besar air perahan lemon/ cuka

atau

http://cookpad.com/mykitchen/recipe/430879/
120g susu tepung
600cc air
90cc cuka

Cara-cara:
-Panaskan susu hingga hampir mendidih( jgn sampai mendidih! ). Tutup api.
-Kacau susu dengan senduk dan tuangkan air perahan lemon( semasa dan selepas tuang air perahan lemon tu tak perlu kacau! ). Biarkan susu tu mendadih lepas tu kacau perlahan-lahan dan biarkan lagi hingga mendadih sepenuhnya.
-Tuangkan ke atas penapis yg dah dilapik dengan kain untuk asingkan pepejal dan cecair. ( Yang pepejal ni lah cheese dan yg cecair tu dipanggil whey milk...jangan buang whey milk ni sebab byk kegunaannya ....nanti cerita kat bawah plak pasal whey milk ni )
-Biarkan hingga semua cecair dah terasing dan simpan dlm bekas tertutup dalam peti ais. Sebaiknya digunakan segera sebab tak tahan lama

Cuba buat lagi sekali a few days later. Kali ni Maisya bancuh susu tepung jer sebab takut tak menjadi lagi, rugi kalau beli fresh milk. Kali ni menjadi le sikit walaupun hanya dapat sikit jer cheesenya...patutnya boleh dapat lagi banyak. Cheese yg terhasil agak lembik. Ada jugak resepi yg suruh perah cheese tu utk dapatkan cheese yg lebih firm.


Dengan cheese yg sikit tu cuba buat tiramisu( first time buat tiramisu ni! ). Nie tiramisu sempoi je sebab guna kek coklat, tuang sikit bancuhan air kopi kat kek tu lepas tu lapiskan dengan cheese yg dah dipukul bersama gula. Buat 2 lapis dan last sekali ayakkan serbuk koko kat atasnya. Sedap jugak, rasa dia tak byk beza dengan yg guna cream cheese( yg mahal tu!!)


Nie ada jumpa satu lagik resepi, lebih kurang je...saja nak simpan resepi ni utk koleksi rujukan sendiri.

Soft Cottage Cheese
http://www.gentlespirit.com/gs6n02/v6n02c.htm

2 c. hot water
1-1/2 c. dry milk powder
3 T. Fresh lemon juice or white vinegar

Blend water and dry milk and pour into saucepan (foam and all).

Sprinkle lemon juice or vinegar slowly around edges and gently stir over medium heat just until milk begins to curdle, separating into curds and whey. Remove from heat and let rest one minute. Pour into strainer or colander, rinse with hot, then cold water. Press out water with back of spoon. Makes about 1-1/2 c. curds. If desired, moisten rinsed curds with a little buttermilk before serving and add salt to taste. Refrigerate if not used immediately. Whey from fresh milk powder can be used in place of water in breads and soup.

Recently, Maisya try buat cheesecake guna homemade cottage cheese ni. Cream cheese kan mahal skrg ni!

Nie rupa my Cotton Soft Japanese Cheesecake



Antara yg boleh dibuat dengan menggunakan whey milk:

Sour Drink
Whey milk + susu + gula/madu/jem...kacau rata dan boleh minum....

sedap tau!Tapi kalau guna cuka instead of lemon juice semasa buat cheese tu ..tak sure boleh minum ke idak whey milk nya...tak berani nak try...

Whey milk boleh jugak guna semasa buat roti, scone etc sebagai ganti air.

Ulasan

soulha berkata…
Salam kak maisya..rajinnya dok reka cheese no...kebetulan sue pun baru jer dok reseach camner diaorng buat cheese kononnya nk elak cheese skrngkan mahai..(tp fail BI skit)tp still ada yg murah lg ler kt sini klu brand tempatan...

masa dok baca tu sambil imijen ..sebiji mcm dok tengok mak arab sini buat...diorang letak atas kain..tapis2 gitulah makan dengan salad or spread atas roti..depa panggil thohinah zabadi..atau zabadi baladi..kira yogurt kmpung ler..pastu dok bayang kak maisya dh jd mcm mak arab dh..hehehe..gurau yer.

pasnie boleh cuba..sini susu fresh murah..sekilo 2 ringgit jer..sbb murah kkdng malas tu..hehe.

akak buat cheesecake ari tu guna cottage nie ker..sama gk ler ,still menjadikan cuma tk berapa gebu..

kt sini cottage,lg bagus dr creamcheese sbb ori dan double cheese lg..tp tulah body dh sebijik dng mak arab..kikiki
hanny berkata…
sugoi!!!!!ada tak cheese yang tak masam? anak2 tak suka cheesecake sebab masam....
Ujen berkata…
Kak Mai..kita baru try buat guna yogurt asli..kebetulan ada stok kat rumah....dah dapat cottage cheese nyer,,,tak tau nak buat apa lagi..nanti nak try buat cotton cheese cake jugak la...eheheh
tapi ciput je dapat satu bekas yogurt tu...
thanks for the idea
Maisya berkata…
sue,
ooo..jangan badan jadik cam mak arab udah le ..he..he..cheesecake haritu tak gebu sebab maisya tak mahir lagi la buat kek style cam tu...putih telur tu dah pukul sampai stiff tapi bila gaul dengan bahan lain tu macam dah kurang volumenya...

hanny,
tak tau le ada ke cheese yg macam tu tapi kalau buat cotton soft cheesecake tu tak terlalu kuat rasa cheesenya so maybe your kids boleh makan.

ujen,
dah buat ye yogurt cheese...akak asyik terlupa je nak beli yogurt beli masa gi shopping...natural yogurt tu kan kita boleh guna utk buat yogurt so kalau beli sikit pun boleh le nak doublekan ke triple kan the amount...try search cara buat yogurt kat internet...senang jer.
haziqah ieyka berkata…
saya pernah try.. dan nak tanya.. struktur cream cheese tu mmg berbiji eak? Pastu nak buat cream tu just tambah gula je ke dah jadi cream cheese?
haziqah ieyka berkata…
saya pernah try.. dan nak tanya.. struktur cream cheese tu mmg berbiji eak? Pastu nak buat cream tu just tambah gula je ke dah jadi cream cheese?
Maisya berkata…
haziqah ieyka, untuk dapatkan tekstur yang halus, tekan( tenyeh ) cheese tu pada penapis (yg guna untuk ayak tepung tu ). Boleh google gambar untuk dapatkan gambaran macamana dengan menggunakan keyword "press through a sieve".

saya tak tambah gula sebab selalunya resepi yang menggunakan cream cheese seperti kek atau tart memang akan dimasukkan gula.