Selamat Datang Tahun 2008!
Kek untuk hantaran maisya buat kek coklat kukus, topping dengan melted chocolate. Tabur badam cincang atas kek; buat bentuk love. Lepas tu lekatkan biskut 'love letters' keliling kek tu. Lastly ikat plak dengan riben.
Ini sebiji lagi kek maisya buat utk pengantin potong waktu petang tu. Mulanya nak buat kek 2 tingkat( adik request ...dah beli dah tiang kek tu) tapi di sebabkan beberapa faktor; kek tak berapa naik ( tak biasa guna oven besar kat rumah mak tu...), terpaksa combine 2 kek jadik 1 & tak cukup masa! ( bila ada anak kecik susah le nak buat kerja...)...terpaksalah berpuas hati dengan kek ni jer....decoration untuk kek ni pun maisya tak puas hati...nampak agak kosong sebab tak sempat dah nak tambah deco kat tepi-tepi. Mulanya nak buat bunga rose banyak lagi bagi penuh atas tu tapi bunga asyik tak jadik jer... banyak tu jer lah yg dapatnya.
Nie plak hi-tea untuk tetamu dari belah pengantin lelaki hasil dari idea dan usaha kakak maisya yg sulung. Ada macam-macam kuih; Kuih talam, tepung pelita @ limas , karipap tu tempah kat org je. Muffin tu ada org bagi. Pie Tee, Fruits Tart, Cheese& Blueberry Tart, Triffles tu akak sulung maisya yg buat. Popia goreng tu usahasama maisya dan adik-adik( maisya tolong bungkus je sebenarnya..he..he..)
Banyak sebenarnya gambar-gambar serta resepi yg nak dikongsi tapi tunggu next week lah pulak!
Anak maisya yg sulung start tadika hari rabu haritu...masukkan tadika kat kawasan rumah ni jer so maisya le kena hantar dan ambik tiap hari. Kena jalan kaki le sebab tak reti bawak kereta or motor....berpeluh gak kena jalan kaki dlm 10 minit...kiranya total sehari kena jalan 20 minit le utk hantar dan ambik....dah lama tak bersenam, lenguh kaki le sehari dua ni... Agak-agak boleh kurus kot by the end of this year ...he..he...
Ulasan
Kak Mai pakai buttercream putih telur ke? kalau tu mmg cepat lembik...sekarang nie saya suka pakai misleha punya..senang skit...
buttercream tu akak hentam pakai resepi campur-campur sebab malas nak buat syrup tu. Akak guna krimwell + shortening + butter + susu pekat. Tak pandai lagi nak agak sukatan susu pekat tu. Tengok macam dah ok tapi tu la dia cepat lembik.
deco pun dah semakin mantap kita jer bila lg,nk lembut jemari nie.
amina dah sekolah yer,sama ler dng my doter,rupanya sebaya yer anak2 kita kak maisya..hehehe
ye la...rasa cam baru lagik dok melepak sesama, skrg semua dah berkeluarga!
soulha,
adik beradik maisya 6 pompuan, yg bongsu tu je sorang lelaki...tu yg meriah je tu...he..he..
yg purple dlm mangkuk kaca besar tu ke?...yang tu bunga hiasan je la....depa dok tabur bunga letak dlm air ...hat tu tak leh makan! he..he...he..
sebaya ye anak sulung kita...tapi soulha muda lagi...