Kaya Boxes(?)



Minggu lepas cuba buat kaya balls...mula tu guna acuan kuih cara tapi leceh le plak. Pernah baca ada yg bakar adunan ni dlm oven guna acuan muffin so disebabkan kemalasan yg melampau masa tu maisya guna loyang cutter jer.Gris dengan minyak kat loyang dan jugak cutter tu. Curah separuh adunan dalm loyang, lepas tu letak cutter dia. Sudukan kaya kat setiap petak( guna piping bag senang sikit ), lepas tu tutup setiap petak dengan adunan yg selebihnya( guna piping bag ). Bakar guna api atas & bawah suhu 145 C selama lebih kurang 25 minit. Bila dah sejuk boleh le keluarkan dari loyang...part nak keluarkan dari cutter ni yg leceh sikit. Kena keluarkan satu-satu.Nie dia hasilnya....Kaya Balls (tapi dah bentuk kotak so panggil Kaya Boxes kot? ). Inti kaya tu maisya beli jer...malas nak buat sendiri.


Maisya bawak gi rumah member, semua sibuk tanya kuih apa dan siap ada yg mintak resepi. Nasib baik ingat lagik resepinya dlm kepala sebab baru buat so dapat le dia salin resepi.

RESIPI KAYA BALL
source: http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/N_masakan2/N_masakan10.htm

Membuat 'Kuih Kaya Ball' memerlukan acuan yg khas tetapi anda boleh cuba
menggunakan acuan 'Kuih Cara'. Utk menjimatkan masa, boleh gunakan serikaya yg dijual di dalam tin. Serikaya yg dibuat sendiri kadangkala tidak begitu licin seperti serikaya yg dibeli kerana cara membuatnya di rumah memerlukan anda mengacaunya di atas api perlahan tanpa henti hingga ia pekat dan berkilat.

SERIKAYA
10 biji kuning telur
1 camb tepung gandum
1 liter santan pekat (dari 2 biji kelapa)
250 g gula pasir
2 helai daun pandan

Pukul telur, tepung gandum dan tepung beras hingga sebati kemudian tapiskan. Masak santan dan gula atas api perlahan sehingga mendidih. Masukkan campuran telur dan daun pandan, kacau perlahan-lahan atas api perlahan sehingga pekat. Sejukkan sebelum digunakan.

Nota: Bagi yg gemar serikaya gula merah, masak 150 g gula merah + 100 g gula pasir + 100 ml air hingga gula hancur. Anda mesti kurangkan santan menjadi 900 ml saja. Prosedur lain seperti di atas.

BATTER
250 g tepung gandum
1 camt serbuk penaik
secubit garam
125 g mentega
75 g gula kastor
4 biji telur
200 ml susu segar
1/2 camt vanila

Ayak tepung, serbuk penaik dan garam. Putar mentega, gula dan telur
hingga kembang. Masukkan 1/4 susu, putar sebati kemudian masukkan 1/4 campuran tepung. Ulangi proses secara berselangseli. Akhir sekali, masukkan vanila. Panaskan acuan, lengser dengan sedikit minyak kemudian isikan separuh dengan adunan. Letak sedikit serikaya dan tutup dengan adunan hingga penuh. Tutup acuan dan masak hingga keperangan.

Ulasan

shidaaziz berkata…
Maisya ni memang creative le :)
masriyah berkata…
salam...
Bagus juga idea maisya nii ya...tak perlu buat kecil-kecil..masuk dlm loyang kemudian potong lagi senang kan...
pssst..nama maisya sama dengan nama anak akak yng pertama maisya juga hehee..
Maisya berkata…
shida...bila malas, rajin le cari alternatif lain utk memudahkan kerja...he..he..

kak masriyah, kalau bubuh terus dlm loyang besar boleh jugak tapi mungkin comot sikit le masa nak potong tu nanti....anak akak nama maisya ke?...ni bukan nama betul maisya.
Tanpa Nama berkata…
backgroung gelap sgt overshadow dgn tulisan..