Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2010

Penang Char Kuey Teow

Imej
Resepi ni dah pernah cuba sebelum ni...ada kat entry ni: http://daridapurmaisya.blogspot.com/2008/06/penang-char-kuey-teow.html Cubaan sebelum ni tak berapa jadik part nak jadikan dia berkuah tu. Kali ni ok sikit. Maisya dah ubah sikit dari resepi asal. Kemudian dibantu dengan tips dari Kak Rahmah pada entry yang dulu bagaimana cara nak masak. Ni Maisya tulis resepi yg dah diubah serta tips dari Kak Rahmah Penang Char Kuey Teow Bahan-bahan ( 2 org ) * UTK PASTE * 200 gm udang 250ml air 4 ulas bawang putih di ketuk 6 sb sos tiram 3 sk kicap pekat 3 sb kicap manis 1 kiub pati ikan bilis 2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk) 1 sk gula * UTK MEE * 300gm kuey teow 1 sb cili boh kerang sedikit kucai & taugeh 2 biji telur UTK PASTE- Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang. Kupas udang. Asingkan isi dari kulit serta kepala. Ambil kulit dan kepala udang tu dan kisar bersama air rebusan tadi. Tapis dan ketepikan air pa...

Sambal Sotong Berkuah Kacang

Imej
One of my favourite dish. Sambal Sotong Berkuah Kacang resepi oleh waheedeana @ myresipi http://www.myresipi.com/top/detail/3386 Bahan-bahan ( 4-5 orang ) 2 ekor sotong kembang - dipotong dan dicelur dgn air panas selama 10 minit **Bahan Kisar** * 12 tangkai cili kering- direbus hingga kembang * 1 biji bawang besar * 4 ulas bawang putih * 2 inci halia 1 batang serai - diketuk 3-4 sudu kacang tumbuk 1 sudu besar gula 1 sudu kecil gula merah air asam jawa- jus garam - secukup rasa minyak untuk menumis Cara-cara panaskan kuali dan tumiskan bahan-bahan kisar sehingga garing masukkan air asam jawa, sotong dan serai dan masak sehingga sotong masak. ( kalau kering tambah sedikit air .) masukkan gula, gula merah dan kacau hingga sebati akhir sekali masukkan kacang tumbuk, kacau rata dan perasakan dgn garam sesedap rasa. Siap untuk dihidang.

Coconut Blossom

Imej
Ada pelbagai versi resepi ni kat internet , yang Maisya buat ni secara asasnya guna resepi apam mekar kak Liza(berbeza sikit pada kuantiti ovalet yg digunakan) cuma ditambah inti kelapa je. Ini resepi yg dah diolah oleh Lady _Aries dari forum cari. COCONUT BLOSSOM Bahan 250 gm gula 2 biji telur sejuk 1 sudu kecil esen vanilla 200 ml santan / susu cair / susu segar 300 gm tepung gandum 1 sudu besar ovalette pewarna merah dan hijau acuan kertas Cara 1. Panaskan kukusan 2. Pukul gula, telur dan ovalet sehingga kembang dan gebu. 3. Masukkan essen vanilla dan pukul lagi. 4. Masukkan tepung gandum dan susu. Pukul lagi sehingga gebu. 5. Bahagikan adunan kepada 3 mangkuk. 6. Masukkan perwarna merah dan hijau dalam mangkuk yg berasingan. 7. Masukkan adunan dalam plastik piping bag setiap warna yg berlainan. 8. Picitkan sedikit adunan kedalam acuan kertas. Letakkan inti dan picit lagi adunan ke atasnya. 9. Kukus selama 10 - 15 minit dengan api yg besar. 10. Bila telah masak angkat dan hidangkan ...

Kuih Tiram

Imej
Kuih Tiram http://lifeprettyshort.blogspot.com/2008/02/kuih-tiram.html 500 gm tepung gandum 1 biji telur 2 sudu margerin sedikit garam 160ml air (lebih kurang) Bahan lain: 6 sudu tepung jagung(maisya guna tepung ubi) 6 sudu minyak masak Satukan tepung, margerin, telur & garam, gaul hingga rata semua nyer hinga jadi mc bread crumb. Masukkan air Jangan masuk semua, takut terlembik. Uli doh sehingga kita dapat doh yang licin. Sediakan bancuhan tepung jagung dengan minyak. Satukan kedua dua bahan ini & kacau sehingga mendapat bancuhan seperti gam. (Jangan pekat sangat & jangan cair sangat). Doh tadi dibahagi 2 .Setiap satu doh..kita canai nipis seperti nak buat karipap (kita akan dapat canai yang besar & lebar) :) Sapukan bancuhan tepung jagung tadi keseluruh permukaan tepung. Kemudian gulung memanjang. Jika mahukan lapisan yang banyak buat 2 kali proses ini..ataupun terus ke langkah seterusnya. Kemudian potong kecil2. Potong lebih kurang sebesar ibu jari. Gelek nipis setia...

Banana Caramel Poundcake

Imej
Mencuba resepi kek pisang yang lain sikit dari yang biasa. Satu adunan resepi ni dapat sikit sangat so pandai-pandailah double atau triple kan kuantitinya. Banana Caramel Poundcake resepi oleh Yani @ myresipi Bahan-Bahannya:- 120 g tepung gandum* 1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak) 90 g gula pasir 50 ml minyak jagung/masak 2 biji telur gred A 1 biji pisang embun/montel 30 g gula pasir + 1 camca besar air* 2 camca besar air*(*untuk karamel) Cara membuatnya:- Lenser acuan pouncake berukuran (7 x 5 x 20) cm dgn mentega/marjerin, alas dasar dan tepi acuan dengan kertas dan lenser juga kertas dengan mentega/marjerin. Panaskan juga oven pada suhu 175C. Pisang dipotong kecil. Ketepikan. Masak 30 g gula dengan 1 camca besar air hingga bertukar menjadi karamel. Tuang 2 camca besar air dan kacau rata. Masukkan pisang tadi, gaul rata dan biarkan sejuk. Masukkan telur, gula dan minyak ke dalam mangkuk tahan panas. Kacau hingga rata. Tenggekkan atas air mendidih dan kacau cepat hingg...

Hadiah dari rakan blogger

Imej
sorry Sue ( http://alkiram.net/ ) , dah lama baru pi ambik award ni...Maisya ambik gambonya je...tugasannya tu tak buat boleh ke? He..he...kemalasan melanda semenja dua menjak ni. Dulu dah pernah buat '7 facts about me' so boleh baca kat sini: http://daridapurmaisya.blogspot.com/2008/10/tag-dari-bal.html Ni plak dari MamaFaMi Award Pro Memasak? He..he...rasanya cam tak layak je....kalau tak rujuk resepi memang mati kutu gaklah Maisya ni...belum pro lagi. Nie nak kena menjawab homework plak: JENIS LAUK YANG SUKA DIMASAK.... 1. Ayam Masak Merah ( my favourite! ) 2. Sayur Tumis Air ( sebab senang..he...he..) 3. Ikan/Ayam Bakar ( sumbat je dlm oven, habis cerita ) PENCUCI MULUT YANG PALING BEST PERNAH BUAT.... 1. Tiramisu 2. Parfait 3. Triffle JENIS BISKUT KEGEMARAN TIME RAYA.... 1. Tat nenas 2. Biskut Arab 3. Semperit *semua biskut yg mak buat! Bagi Award ni pada 3 orang rakan anda yang juga rajin memasak.... 1. Shima 2. K.Amal 3. Sue Thank you to both of you sebab ingat pada Mai...

Mee Goreng Mamak

Imej
Mee Goreng Mamak buku masakan gerai terbitan ALAF21 diambil dari http://ruzalila80.blogspot.com/2009/03/mee-goreng-mamak.html bahan-bahan: 200g mee kuning sedikit tauge 2 ulas bawang putih-tumbuk 2 sudu besar cili kisar 1 sudu besar kicap pekat 1 sudu besar sos tomato 1 keping tauhu goreng (tak letak) sedikit kubis n sawi (tak letak) 1 biji telur *2 sudu besar kuah kacang sedikit timun n tomato (tak letak) garam n minyak masak *Maisya tambah daging dan jugak udang **bahan kuah kacang (maisya guna kuah kcg lebihan makan dgn cucur udang) 500g kacang tanah-rendam semalaman.buang kulit. sedikit bawang putih n merah sedikit serbuk cili sedikit ikan bilis *kesemua bahan ini dikisar hingga sebati cara-cara membuatnya panaskan minyak, tumiskan bawang putih hingga naik bau masukkan cili kisar dan masak hingga garing masukkan sawi, tauge n kobis seterusnya masukkan telur, kicap, sos tomato n garam kacau sebati..kemudian masukkan kuah kacang, mee dan goreng dengan api kuat bila hidang, masukkan t...

Birthday Cakes

Imej
Tayang gambo kek yg dah basi ni....bulan 3 was my bday, lepas tu bulan 4 bday hubby dan jugak anak no 2, ni kek yg dibuat utk meraikan hari-hari tersebut. Sekarang ni sgt malas utk mendeko sebab ada si kecik ni yg suka mengekor masuk ke dapur , lepas tu bergayut kat kaki kita...hu..hu..memang la start buat masa dia tido tapi sebabkan org amatur macam kita ni nak deko sebijik kek pun berejam-jam so dari dia tido sampai dia terjaga pun tak siap-siap jugak! Lepas ni berehat sekejap dari buat bday cake ...bulan 8,9,10 nanti berderet plak bday anak-anak. 23/3/2010 --------------- So... for my bday cuma kek togel je. Guna resepi yg dapat sambutan hangat kat forum cari. The cake suppose to be moist tapi Maisya buat tak jadik moist le plak. Dari post mortem yg dibuat kemungkinan Maisya bakar lama sangat or sebab Maisya byk sgt kurangkan gula. Ada terbaca yg kuantiti gula juga memainkan peranan penting utk menentukan moist atau tidaknya sebuah kek tu. Ok nanti bila-bila akan dicuba lagi. Resepi...