Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2012

Kek Pisang Gebu

Imej
Resepi dari Jintan Manis dot Com. Kek yang Maisya buat hasilnya agak kering, mungkin sebab pisang yang digunakan belum masak ranum. Kalau tambah sedikit susu atau santan mungkin hasilnya berbeza. Kek Pisang Gebu http://www.jintanmanis.com/kek/207-kekpisanggebu 2 cwn tepung gandum 1 s/k baking powder 1 s/k soda bikarbonat 1 cawan gula 3 biji pisang- dilenyek 1/2 cawan minyak masak esen vanila 2 biji telur caranya 1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, gliss acuan kek dan panaskan oven 180darjah. 2. Kemudian, putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung. 3.Akhir sekali baru masukkan minyak masak dan kacau sebati, selepas itu masukkan dalam acuan kek dan bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minit atau satu jam. 4. Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan atas redai, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.

Kerabu Mangga

Imej
Kerabu Mangga bahan-bahan: Mangga muda bawang merah cili merah/cili hijau/cili api limau kasturi udang kering kelapa parut kacang tanah gula  garam cara-cara: -udang kering dibasuh dan direndam seketika, toskan. Sangai(goreng tanpa minyak) udang kering hingga garing. Tumbuk hingga lumat. -kacang tanah disangai dan kemudian ditumbuk kasar. -kelapa parut disangai hingga perang kemudian ditumbuk lumat. -mangga dihiris halus -bawang merah di hiris nipis -cili dihiris nipis -ambil air perahan limau kasturi -gaulkan kesemua bahan hingga sebati *maisya tambah sedikit daun pegaga yang dihiris halus 

DIY...Playdough

Imej
Jumpa resepi ni di internet ( from a few blogs ). Ni bukan resepi untuk dimakan ye. Masa mula-mula tengok resepi ingatkan dia salah taip sebab guna 1 cawan soda bikarbonat! Tapi bila check kat blog-blog lain pun tulis kuantiti yang sama, maknanya betullah resepi tu. Ada lagi beberapa resepi lain untuk buat playdough ni, cuba google kalau nak. Simpan playdough dlm bekas kedap udara di dalam peti ais supaya tahan lama. Jangan biarkan terlalu lama terdedah , nanti dia kering. Kalau nak buat banyak-banyak warna, boleh letak warna last sekali(sewaktu menguli)...selepas dibahagi-bahagi kepada beberapa bahagian.

Bolu Kukus Pecah Merekah

Imej
Jumpa resepi ini di blog RIMA . Nampak sungguh gebu.Hasilnya memang tidak mengecewakan. BOLU KUKUS PECAH MEREKAH By Lisa basuki http://alleykitchen.blogspot.com/2008/07/bolu-kukus-si-penantang.html Bahan : 2 telur ( 100 g )- 250 g gula -dikisar halus 1 sudu teh ( 8 g ) ovallette 250 g tepung gandum/tepung kek 50 g tepung jagung 200 cc air biasa / air kelapa / susu / santan- 1 sudu teh Essence Vanilla 2 sudu besar Paste/emulco Coklat Cara Membuatnya : - Siapkan acuan dan alas dengan paper cup. - Panaskan kukusan - Pukul telur, gula kastor dan ovallette sampai kental, kalau sudah terasa berat, masukan sebahagian air sedikit demi sedikit - Masukkan tepung gandum dan tepung jagung berselang-seli dengan air, pukul terus sampai rata - Ambil 1/3 bagian adunan dan campurkan paste coklat, kacau rata - Sisa adunan putih ditambah essence vanilla. - Isi acuan dengan adunan putih 1/2 bahagiannya, penuhi berselang-seli dengan adunan coklat dan putih menggunakan pi...

Upside-down Pizza

Imej
Kalau nak describe hidangan ni ...mungkin boleh disamakan dengan bingka berlauk. Upside-Down Pizza loyang 9x9 inch http://qurrataaayun.blogspot.com/2011/05/upside-down-pizza.html Dough 2 bj telur 1 cawan susu 1 cawan tepung gandum 1 sudu besar minyak 1/2 sudu kecil garam - gaul sebati semua bahan. - sedia utk diguna Filling 1 keping dada ayam- kerat2 3 sosej/hotdog- kerat2 1/2 tin cendawan butang- hiris 1/2 bawang besar- dadu 3 ulas bawang putih- hiris halus 2 sudu besar tomato puree 1 sudu besar oregano garam - tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu - masukkan ayam dan tumis sampai ayam masak - masukkan sosej, cendawan, dan tomato puree. masak kejap. - gaulkan oregano dan perasakan garam Keju secukupnya Cara2: Panaskan oven 180 degree Letakkan filling dlm loyang ,tabur cheese atas filling. cuahkan adunan 'dough' kat atas. Bakar selama 25 minit, hingga keperangan. Biarkan selama 5 minit sblm potong dan hidang. *Maisya tab...

Nasi Goreng Bawang Putih

Imej
Nasi Goreng Bawang Putih Bahan-bahan: Nasi  Bawang putih Udang kering Cili api Telur Lobak merah( atau apa-apa sayur lain ) Garam Cara-cara: -Gaulkan nasi yang sejuk dengan garam dan telur -Tumbuk bawang putih, udang kering dan cili api hingga lumat -Tumis bahan tumbuk hingga wangi dan garing -Masukkan lobak merah -Masukkan nasi -Gaul hingga masak rata

Congo Bars

Imej
Ada yang mengatakan Congo Bars ini umpama gabungan antara brownies dan biskut coklat chips. Teksturnya agak moist dan chewy (tidak gebu seperti kek atau rangup seperti biskut), manakala rasanya pula seperti biskut coklat chip. Amaran: Kurangkan gula ikut kesesuaian...kalau ikut resepi asal, banyak betul gulanya!! Maisya tengok ramai food blogger yang letak cuma antara 200g ~ 300g sahaja. C ongo Bars ht tp://www.bakerella.com/i-hope-you-have-chocolate-chips-handy/ 2 3/4 cup all purpose flour 2 1/2 teaspoons baking powder 1/2 teaspoon salt 2/3 cup butter, softened 1 lb. light brown sugar (Maisya menggunakan 300g organic molasses sugar) 3 eggs 1 teaspoon vanilla 11.5 ounce package milk chocolate chips 1 cup chopped pecans (optional)-Maisya tak letak,cuma taburkan kepingan badam By mixer: Sift flour, baking powder and salt in a large bowl. Set aside. Combine butter and sugar using a mixer until blended. Add eggs, one at a time to sugar mixture, mixing on low in betwe...

Honey Muffins

Imej
Muffin ni gebu macam kek. Maisya ikut seperti resepi sepenuhnya cuma sebab tak de blueberry so Maisya ambil dalam satu senduk adunan dan gaulkan dgn choc paste ( atau serbuk koko pun ok ) supaya nampak berseri sikit bila dah dimarblekan...tak de la plain je. Honey Muffins (yield 12 standard size or 32 minis) http://mybakingcottage.blogspot.com/2008/11/honey-muffins.html Ingredients: 300g self-raising flour 150g castor sugar 15g milk powder 120g butter 30g honey 90g eggs 165g water 3g Vanilla essence 90g Blueberry (optional) Method: Preheat oven to 180°C. Cream butter, sugar, milk powder and honey until light. Add eggs in stages. Sift in the Self-raising flour and add alternately with the water to the batter. Blend in the blueberries and vanilla essence. Bake for 20-25 minutes or until done.

Apam Indon

Imej
APAM INDON Resepi asal: Blackmore Forum Cari Sumber resepi: http://fromintankitchen.blogspot.com/2012/04/apam-indon.html 5 biji telur 1 sudu kecil ovalette 1 sudu kecil esen vanilla 300 gm tepung gandum 300 gm gula halus 250 ml susu segar atau santan 1/2 sudu kecil baking powder sedikit garam pewarna Panaskan kukusan.Untuk mengelakkan air menitik ke atas kek, balut penutup dgn sehelai kain. Sediakan loyang ukuran 9 inci Oleskan dengan minyak dan alas dasar loyang dengan baking paper Ayakkan tepung bersama baking powder. Campurkan garam ke dalam susu. Putar telur dan ovalette pd kelajuan tinggi hingga kembang. Masukkan gula sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan esen vanilla. Kurangkan kelajuan mixer. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit berselang seli dgn susu. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian. Masukkan perwarna yg disukai. Masukkan adunan adunan pertama ke dlm acuan. Kukus selama lebih kurang 10 minit atau smpai bhgn atas tu tak melekat. Ulangi kae...

Kek Lapis Horlicks

Imej
Maisya cuma buat separuh adunan...ini versi orang nak-cepat-siap/malas...layer dia tebal dan tak sama...janji boleh makan. KEK LAPIS HORLICKS-KOKO http://rozzan.blogspot.com/2006/12/kek-lapis-horlicks-milo.html Bahan-Bahan: 10 biji telur 16 oz mentega 220 gm gula kaster (saya gunakan 200 gm) 240 gm tepung gandum 100gm horlicks 100gm serbuk koko 1 tin susu pekat (397gm) Cara: Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masuk telur satu persatu, pukul lagi hingga pekat dan rata. Masukkan susu pekat, kacau rata. Kemudian masukkan tepung, dikacau/gaul rata dan bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu dicampur Horlicks manakala yg satu lagi di bubuh serbuk koko. Bakar selapis-selapis hingga selesai. *layer pertama 150 C, api atas dan bawah, letak di rak tengah, 15 minit *layer kedua dan seterusnya 140 C, api atas sahaja, letak rak bawah, 10 minit *layer terakhir 150 C, api atas dan bawah, letak rak tengah, 10 ~ 15 minit