Wednesday, June 20, 2007

Begedil Ikan Bilis


Di waktu tak de ayam atau daging nak dimasak…boleh buat begedil ni. Sedap jugak…dah banyak kali maisya buat. Kali ni maisya tak celup dengan telur pun. Just goreng dengan minyak yang sedikit…cukup utk garingkan bahagian luar tu jer sebab bahan-bahan untuk begedil ni semuanya dah dimasak terlebih dahulu kan. Maisya blender jer bilis dengan bawang goreng tu…malas la nak tumbuk.

Begedil Ikan Bilis & Kentang
Recipe posted by blackrose at FNR

Kentang potong dan goreng/rebus
bilis goreng
bawang goreng-[potong bawang merah kecil & bawang putih skit dan goreng garing]
lada sulah.. banyak2 sedap
daun sup/saderi
telur
tepung gandum

bawang goreng dan bilis goreng tumbuk halus
pastu masukkan dalam kentang yang dilenyek.
masuk lada sulah, daun sup pas tu gaul sampai rata.
bentukkan.
celup dalam telur yang dicampur dengan sedikit tepung.
goreng

nota...begedil ni lebih lemak compare ngan pakai daging... sedap


2 comments:

nazura76 said...

Thanks for the idea. selama ni memang teringin nak buat bergedil tapi nak dpt/buat minch tu la... perkakasan blum cukup ;)

Maisya said...

saya buat ni kalau tengah malas nak cincang daging or ayam ataupun masa memang tak de apa bahan nak nak dimasak dah...