Tapai Pulut

Tapai pulut adalah favourite hubby maisya. Selalunya masa hari raya mak mertua akan buat tapai dan hubby maisya makan berbungkus-bungkus. So, maisya pun kenalah tahu jugak cara nak buat tapai ni. Selalu nak cuba buat tapi tak reti nak carik kat mana ragi tu...haritu masa balik kg, maisya cilok mak punya ragi..he..he..Hari Rabu haritu maisya pun buat le tapai ikut resepi yg ada kat bawah ni. Resepi ni cukup sempoi untuk first timer macam maisya ni. Lepas 2 hari diperam, tadi bukak tengok dah jadik! Tapi belum rasa lagik sebab nak bubuh dlm fridge dulu kasik sejuk baru best makan.

Tapai Pulut
recipe posted by Speedial at FNR

Bahan-bahan:
2 cawan beras pulut = 400 gm beras pulut (1 cawan = 200 gm pulut)
2 cawan air
1/4 biji ragi – 1 biji ragi dipotong 4

Cara-cara:
Panaskan kukusan, guna api yg kuat.
Beras pulut dicuci bersih dan toskan airnya. (Beras pulut tak perlu direndam)
Masukkan beras pulut dan air ke dalam loyang.

Kukuskan selama 15 minit.
Setelah 15 minit angkat kukusan.

Gemburkan biar pulut sekata.

Kukus lagi selama 10 minit dan bolehlah diangkat.
Masukkan pulut tadi ke dalam dulang & pinggan yg besar, biar hingga sejuk.

Setelah pulut betul2 sejuk (make sure betul2 sejuk sbb kalau tak betul2 sejuk tapai akan menjadi merah), taburkan ragi ke atas pulut tadi.
* Ragi boleh terus diparut ke atas pulut tadi menggunakan penapis teh atau boleh diparut ke dalam bekas dulu kemudian ditabur ke atas pulut yg telah sejuk.
Kemudian terbalikkan pulut yg telah ditabur ragi ke sebelah bawah, dan tabur lagi ragi ke atas pulut yg telah diterbalikkan sehingga kesemua pulut sudah ditabur ragi.

Masukkan pulut ke dalam bekas kedap udara dan hendaklah dibalut dgn kain.
Biarkan selama 2 hari barulah boleh dimakan.

TIPS:
Pastikan pulut betul2 sejuk baru ditabur ragi kalau tidak nanti tapai akan menjadik merah.
Pastikan jugak pulut yg telah ditabur ragi tidak terkena air.
Jangan selalu dibuka takut nanti tapai tak masak.

Ulasan

hanny berkata…
maisya..pernah cuba buat tapai pulut dulu tapi shippai..rasa tak cukup ragi kot....waktu tuh tak tahu nak bajet ragi banyak mana...
Maisya berkata…
kemungkinan jugak ragi tu tak berapa elok...
ujen berkata…
Ragi memainkan peranan yg pentingkan.Kita dulu pun dpt supply dari kg. Boleh di katakan tiap2 minggu buat tapai ubi..hubbynyer peberet..tapi dah lama org buat ragi tu tak hantar ragi ke kedai..Mak kata wife dia meninggal..tapi yg buat lakinyer..tah le...sekarang nie nak carik kedai lain plak yg ada jual ragi yg bagus..Ragi nie yg putih melepak tu yg elok....hehehe
umeboshi berkata…
wah,kak maisya pun dah pandai buat tapai ek. kiter tak pernah buat. plus dgn tak reti nak buat. walhal ABANG suka mkn tapai. adik badik ipar semua suka tapai. mak mentua mmg pakar buat tapai.. nanti bebila rajin, kiter bleh cuba buat la. memula guna resepi mudah kak maisya ni dulu. hehhee..
Maisya berkata…
ooo..ragi yg putih melepak yg bagus ye...tak tau pon. Ujen, nanti ajar le plak camna nak buat tapai ubi .... lama sungguh tak makan...

noora, kenalah belajar buat makanan favourite hubby kan...