Carrot Cake

Carrot Cake Suria...maisya tak bubuh walnut dan jugak cinnamon powder. First time buat kek guna kaedah pukul putih telur sampai kaku ni....tak berani try before ni, takut bantat. Alhamdulillah jadik lembut je cuma terlebih bakar le plak...dah gelap sikit warna bahagian bawah tu, nasib baik tak hangus je...
Carrot Cake Suria
4 biji telur ( diasingkan)
1 1/2 cawan corn oil atau vegetable oil ( darurat minyak masak pun
boleh)
150g gula castor
150g brown sugar
1 1/2 cawan carrot (diparut)

diayak
250g tepung gandum
1 sudu teh serbuk kayu manis
1 1/2 sudu teh baking soda
1 sudu teh garam

100g walnut ( dicingcang, wajib ada baru sedap)

Cara
1. Pukul kuning telur, kemudian masukkan minyak, gula (kedua2 jenis tu) dan carrot. Kacau sebati, masukkan pula walnut dan akhir sekali masukkan adunan bahan2 kering yg diayak tadi. Kacau perlahan guna senduk kayu.

2. Pukul putih telur sampai betul2 kembang, soft peak form(ni penting!) & masukkan dlm adunan kek.

3. Bakar pada suhu 180c selama 45 min.

tips: bila dah masak dan cucuk dgn lidi tengok betul2, kadang2 bila
cucuk tak melekat lagi tapi ada nampak berminyak pada lidi means
belum masak betul, kena betul2 licin lidi tu baru masak.

frosting ( ni wajib buat baru ngam dgn cake carrot)
120g butter
250g cream cheese
120g icing sugar
sedikit kordial oren sunquick(optional)

pukul semua aduan hingga sebati & ringan. Dan boleh dihias di atas kek & tabur kacang walnut

Ulasan

umeboshi berkata…
kiter dah lama tingin nak buat carrot cake nih. macam best je kan. tapi sekang ni mmg malas sungguh nak buat2 kuih ke, kek ke. mkn semua nak!! ahahha...
Anonymous berkata…
rajinnye maisya masak..

aduuss.. tak tahan tgk makanan kt sini.. Kita ni, sesekali bole la wat msk2 mcm ni..hehe

diba
Maisya berkata…
noora & diba, cuba le, senang jer buatnya...kalau beli pun ok jugak cuma maisya ni kalau tak buat alamat tak merasa le...tak berapa suka beli maybe sebab emak maisya pun housewife gak so dah biasa makan yg homemade punya jer...lagipun kalau buat sendirik kita tahu apa yg di bubuh dlm kek tu.