Rendang Daging Masak Hitam


Lepas tengok resepi ni di blog Ujen, lepas tu dicuba oleh Maklang dan jugak Noora....Maisya pun teringin gak nak try since sama-sama orang Perak kan...he..he..Cuma masalahnya tak tahu apa itu jintan pedas dan biji rempah...tak sempat tunggu reply dari ujen pasal bahan-bahan tu Maisya buat berdasarkan andaian sendiri...Maisya rasa jintan pedas tu jintan putih sebab mesti bukan jintan manis kan..biji rempah tu plak Maisya agak ketumbar sebab pernah jumpa paket rempah tulis rempah biji= coriander seeds. Bila dapat reply dari Ujen, jintan tu dah betul tapi biji rempah tu bukan ketumbar...alamak salah le plak, tapi sedap jer masa buat haritu...he..he..dan yg penting senang nak buat!
##pembetulan dari ujen....memang betui dah biji rempah tu = biji ketumbar.


Rendang Daging Masak Hitam
Resipi Asal : Mak ujen http://periukbelanga.jugem.jp/?cid=1

Bahan2
1 kg daging

Di Kisar halus
3 biji bawang besar
20 tangkai cili kering

Bahan di goreng tanpa minyak dan di kisar/tumbuk halus
20 sen Jintan Pedas
20 sen Biji rempah
* kita beli yg 50sen kat pasar malam dan ambik separuh sahaja.

Kerisik dari 1/2 biji kelapa ( kira-kira 6-7 sudu besar)
Segenggam gula merah ( kira-kira 5 sudu besar)
Kicap ( saya guna cap kipas udang ) secukup rasa..

Gaul semua bahan2 di atas di dalam satu bekas...kicap tu sehingga nampak
adunan semua berkicap le....

Bahan utk menumis
4 biji bawang merah ( dimayang)
2 biji bawang putih ( dimayang )
kulit kayu manis
bunga lawang

Cara2
1. Tumis bahan2 penumis hingga naik bau
2. bila dah naik bau tuangkan daging yg dah di gaul dgn bahan2 di atas
3. Masukkan sedikit air asam jawa
4. Masak sehingga kering...

* Masak dia senang jek..tak remeh..tunggu je sampai kering....tapi lepas tu
rasa le masin manis nye...tambah le ikut citerasa....

Ulasan

umeboshi berkata…
k.maisya..mmg sedap,kan..rendang ni?! ume suka sgt! encik ABANG hubby pun suka jugak. len kali bleh buat lagi kata nye.. ehhe.. tenkiu to UJEN..
ujen berkata…
Kak Mai...Cik Ume....
sorry naik lorry...
betul la biji ketumbar tu dgn bijik rempah sama...wakakakakkakaka..
saya kompius ketumbar dgn halba...semalam search tgk ..mmg betullah...kekke...Sorry..ajaran sesat sekejap....
Maisya berkata…
noora, betui tu sedap dan senang!

ujen, laa...betui la ek? Tak pe kita sama-sama belajar kenai sikit rempah ratus ni..
NINA FARHANA berkata…
Boleh try ni.slalu daging goreng kunyit je 😂 tq sudi share resepi.

http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1