Apam Lenggang


Nie antara kuih yg selalu dibuat utk sarapan. Selalunya guna tepung gandum sepenuhnya tapi kali ni cuba guna separuh tepung gandum dan separuh tepung beras. Tapi...anak-anak tak berapa minat plak yg campur tepung beras ni. Selalunya diaorang laju je makan. So lepas ni kena guna tepung gandum je. Maisya belum pernah letak ke resepi Apam Lenggang ni ye? Rasanya macam pernah post...tapi cari tak jumpa plak.


APAM LENGGANG
resepi dari mak sedara

Bahan A
2 cawan tepung gandum ( atau 1 cawan tepung gandum, 1 cawan tepung beras )
2 sudu teh yis kering
1/2 cawan gula ( boleh kurangkan jika mahu )
1 1/2 cawan air
Bahan B
1 telur
1/2 ~ 1 cawan santan

Campur semua bahan A dalam bekas yg besar , gaul rata dengan senduk. Tambah telur (yg dah dipukul sedikit dengan garfu) dan tambah santan secukupnya sehingga dapat adunan cair( agak-agak supaya nanti boleh dilenggangkan dalam kuali ...kalau cair sgt pun tak boleh, pekat sangat pun tak sesuai )

Peram adunan sekurang-kurangnya 1/2 jam.

Sapu sedikit minyak pada kuali( sikit je...ambik tisu dan lap sikit minyak kat kuali tu) dan panaskan kuali.

Kacau rata adunan sebelum guna. Ambil 1 senduk adunan dan tuang dlm kuali. Angkat kuali dan lenggangkan supaya adunan nipis dan elok bentuk bulat.

Tutup dengan tudung periuk dan biar sehingga masak. Angkat, letak dlm pinggan dan lipat dua.

Adunan boleh jugak dibancuh awal. Selalunya Maisya akan bancuh bahan A sebelum tidur. Gaul rata dan tutup bekas tu kemudian letak dlm peti ais(bahagian bawah). Esok pagi tambah kan Bahan B...gaul rata , rehatkan adunan dalam 10 minit dan bolehlah dimasak.
*kacau rata adunan setiap kali nak cedok.

Ulasan

salamdariborneo berkata…
sedapnya apam lenggang,selalu saya buat gulung2 ..nak tarik perhatian anak2.
Maisya berkata…
gulung pun ok juga kan, senang budak-budak nak pegang dan makan.
alin0108 berkata…
tk, resepi ni menjadi. sy pelbagaikan dengan kurangkn gula. letakkan kelapa muda, mangga, inti karipap, telor sebiji, dn mcm2 lg sebagai inti. sy pernah makan apom lenggang ni di sebuah resto di dubai. ada 10 jenis inti..kreatif dn sgt sedap. org berbaris semata2 nak mkn apom lenggang!