Bika/Bingka/Kue Ambon

Sebelum bercerita tentang Bika Ambon ni...jom kita baca sikit info tentangnya, ni ambik dari Wikipedia

"Bika Ambon-Dari Wikipedia Indonesia, ensiklopedia bebas berbahasa Indonesia.

Bika Ambon adalah sejenis
kue asal Indonesia. Terbuat dari bahan-bahan seperti telur, gula dan santan, Bika Ambon umumnya dijual dalam rasa pandan, meskipun kini tersedia pula rasa-rasa lainnya seperti durian, keju, cokelat.
Asal muasal Bika Ambon tidak diketahui jelas. Meskipun namanya mengandung kata "
Ambon", Bika Ambon dikenal sebagai oleh-oleh khas Kota Medan. Di Medan, Jalan Mojopahit di Medan Petisah merupakan kawasan penjualan Bika Ambon yang paling terkenal. Di sana terdapat sedikitnya 40 toko yang menjual kue ini.
Bika Ambon biasanya dapat bertahan dalam kondisi terbaik selama sekitar 4 hari, karena setelah itu kue tersebut mulai mengeras"


Baru-baru ni ada someone kat FNR minta resepi Bika Ambon ni so ada 2 org beri resepi yg berbeza...satu guna kuning telur sahaja, satu lagi guna whole egg....bahan-bahan lainnya hampir sama. Dari segi rupa sama macam kek gula hangus/kek sarang lebah. Maisya pun cuba salah satu resepi tu, Maisya pilih yg guna whole egg sebab malas le nak asing-asingkan plak. Ikut exactly cam resepi tapi cuma buat 1/2 adunan jer....langkah-langkah tu maisya ada ubah sikit tiru macam cara buat kek gula hangus.Tak cantik sgt le sarangnya, agak kasar....Maisya guna santan pekat( tak paham sikit pasal krim santan tu...) dan maisya tambah pandan dan pewarna hijau sikit. Tekstur dia memang kenyal cam kek gula hangus tu lah cuma sebab rasa dia lemak santan tu terasa cam bingka.... tak pernah makan so tak tau le menjadik ke idak...tapi oklah, sedap juga.
Walaupun dah gris loyang dengan mentega tapi dia melekat gak...maybe kena tabur tepung sikit macam yg disuruh dalam resepi tu.
Agak leceh sikit nak buat kuih ni, maybe boleh ubahsuai resepi Kek Gula Hangus, tak payah guna yis.

BINGKA AMBOON
Recipe posted by TomBeevore at FNR.

BAHAN-BAHAN
A) 1 sudu besar instant yeast
125 ml air
150gm tepung roti (bread flour)
Campurkan semua dan biarkan ia kembang sehingga 1 jam

B) 250 gm campuran bahan A tadi
5 biji telor
325 gm gula
1 sudu kecil garam
sedikit esen vanila
200 tepung ubi (tapioca flour)
450gm krim santan kelapa (perahan santan daripada 2 biji kelapa tanpa campur air & panaskan untuk dapatkan krimnya)
50gm mentega yang dicairkan

CARA-CARA
Beat eggs, sugar, vanilla essence, salt and tapioca flour till well blended but not foamy.
Put in the proved dough and stir well
Slowly add in coconut cream and lastly melted butter
This mixture has to be kept for 2 to 3 hours. Stir properly before baking.
Place the mixture in little greased and floured cups.
Bake at the bottom rack of the oven at 200˚ C for 10-15 minutes. When ready, grill the top until golden brown.


Nie plak cara-cara yg maisya buat:
Panaskan santan bersama daun pandan,garam dan gula sehingga gula cair. Sentiasa kacau supaya santan tak pecah minyak.
Masukkan mentega dan kacau hingga mentega cair.Tutup api dan sejukkan sedikit(suam).
Gaul telur, esen vanilla dan tepung ubi hingga sebati dengan menggunakan senduk kayu( jangan pukul sehingga berbuih )
Masukkan adunan yg dah diperam, dan gaul rata hingga sebati.
Tapiskan campuran santan tadi ke dalam adunan dan gaul rata. Tambahkan juga pewarna hijau jika mahu.
Tutup bekas dan peram adunan hinnga 2 ke 3 jam. Kacau rata adunan sebelum tuang dalam loyang yg dah digris dengan mentega( maisya tapis adunan tu sebab dia macam tak berapa smoooth )
Bakar dengan suhu 160 C, api bawah selama 50 minit dan kemudian gunakan api atas&bawah selama 10 minit. Letakkan tray di bawah oven rack.

p/s: Hanny , haritu Hanny ada tanya resepi kuih yg pakai tepung ubi kan...ha...resepi ni pakai tepung ubi so try le.

Ulasan

ujen berkata…
Ikshhh..rajin betulla Kak Mai nie..Kita dah lama teringin nak buat kek nie..dah 2,3 resipi kita save..tapi...hehehehhe..baisalah..kena tunggu hari2 yg ceria dan tak tahu buat apa dulu....
Kak Mai duduk aman ek..nak pindah sebelah rumah la...kekekekek...
Maisya berkata…
mana ada rajin, kalau nak tahu, akak ni malas masak lauk! He...he...kalau suruh baking memang laju jer.
Akak kat Kulim, Kedah ni ha...mai le sini.
ujen berkata…
Mak aiiihhh dekatnya....
enryoushimasu..kakakakaka

Tak pernah jejak kaki pun ke sana...

Samalah kita...kalau bab2 lauk pauk nie...ada kantoi skit...kekekek
Anonymous berkata…
Maisya, is it orite with if i share this recepi with someone who really want to eat this kueh?? Thanking you in advance
Maisya berkata…
I don't mind at all. I put the recipe in my blog so that I could share it with everyone else out there.