Hotdog Bread

Resepi hot dog bun yg maisya biasa buat kena guna telur, cuba pulak resepi ni sebab tak payah guna telur. Maisya buat guna 1 kg tepung semalam sebab hubby suruh sediakan makanan utk 15 org .. Nasib baik ler menjadik...dah le uli dgn tangan jer..

Nie dah siap isikan dgn kebab...resepi kebab ada kat sini --> Kebab
Hotdog Bread
oleh: yani myresipi.com

Bahan-bahan ( 6 biji )
160ml air
250g tepung roti
14g(1 1/2 sudu besar) gula
4g(1 sudu kecil) garam
8g(1 sudu besar) lemak sayur
2.4g(3/4 sudu kecil) dry yeast
16g(3 sudu besar) susu tepung

Cara-cara
Masukkkan semua bahan-bahan ke dalam breadmaker. On kan. tunggu siap
Bila dah siap, keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 6 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 15 minit.

Buatlah bentuk panjang seperti gambar lebih kurang 13 cm
Biarkan naik dua kali ganda atau 30C selama 50minit
Bakar pada suhu 180C selama 10-12 minit. Biarkan di dalam oven selama 5-10 minit kalau mahukan roti kelihatan lebih perang.


Roti hot dog tu buat masa siang, malam tu plak uli roti lagik utk breakfast...nie buat sikit jer...guna resepi 'roti naik' haritu, cuma tambah serbuk koko sikit... Tak berapa smooth sebab uli kejap jer...tak larat dah...



Extra info:
Nie maisya tunjukkan cara maisya bentukkan roti hotdog tu

Make sure kelim elok-elok supaya tak terbukak nanti.

Ulasan

tuan umah berkata…
maisya, nk tanya..camna nk wat roti tu,bentuknya sa ma je..geram tgk roti maisya.maisya buh telur ke atas roti before bkr?rajinnye..uli tgn ,1 kg tuh..

lg 1,maisya pernh ke wat roti hotdog ni,cmpur half tpg roti n tpg biasa?
Maisya berkata…
kalau nak tahu, maisya biasanya buat roti guna tepung biasa je...ok je menjadik lembut gak.

Maisya dah edit posting tu dan tambah gambar cara maisya bentukkan roti hotdog tu.
Maisya berkata…
lupa plak nak tulis, maisya tak sapu telur sebelum bakar. Cuma sapu marjerin lepas keluar dari oven....kalau time malas tu tak sapu pun.