Monday, May 28, 2007

Puding Kastad Mangga

Resepi ni dah bertahun tersimpan dalam buku resepi maisya ...kalau tak silap salin dari majalah Mingguan Wanita. Baru ada kesempatan nak cuba. Sedap tu sedap tapi kurang rasa mangga, maybe mangga yg maisya guna tu tak berapa sedap or maybe kena bubuh byk sikit baru terasa mangganya. Masa tuang adunan kastad ke dalam agar-agar tu kena cepat-cepat kacau supaya adunan tak berketul.

Puding Kastad Mangga
sumber: Mingguan Wanita

20g agar-agar serbuk/strip
1000ml air
300g gula pasir
4 sudu besar tpg kastad
400ml susu cair
4 biji telur
300g mangga dikisar halus
1/2 sudu teh esen vanilla
Pewarna merah

-Masak agar-agar bersama air dengan api sederhana hingga larut
-Masukkan gula dan kacau hingga larut
-Tapis dan asingkan 500ml agar-agar ke dalam periuk lain dan masak guna api kecil

-Kacau tepung kastad bersama susu cair dan telur hingga sebati ( tak perlu pukul hingga telur kembang, cukup sekadar semuanya sebati ).
-Tuang separuh ke dalam agar-agar pertama, kacau hingga sebati.
-Tuangkan ke dalam acuan.
-Biarkan hingga keras sedikit.

-Tuang baki kastad ke dalam baki agar-agar.
-Kacau hingga sebati
-Masukkan puri mangga bersama esen vanilla dan pewarna merah.
-Jerang hingga mendidih.
-Tuang ke atas agar-agar lapisan pertama.
-Sejukkan

No comments: