Saturday, May 5, 2007

Biskut Coklat Chips Rangup

Disebabkan ramai yg telah mencuba resepi ni dan cakap sedap so Maisya pun buat biskut choc chip k.liza ni, memang sedap!! Tak sampai 24jam dah habis sebab kebetulan ada tetamu lak haritu, dok jamu le biskut ni...nak buat pun tak leceh. Seperti biasa maisya guna merjerin jer ,tak bubuh badam sebab anak-anak tak suka, guna tepung gandum biasa jer.

BISKUT COKLAT CIPS RANGUP
Recipe posted by Hanieliza at FNR

Bahan A
250 g butter
160 g gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla

Bahan B [gaul rata]
230 g tepung biskut ]
20 g serbuk koko ] ayakkan
100 g coklat cips
50 g white coklat cips [boleh gantikan dgn coklat rice]
50 g badam cincang [roasted]
50 g nestum

Cara
1. Gaulkan butter dan gula sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau rata.
3. Masukkan bahan B perlahan dan kacaukan dengan senduk kayu.
4. Sudukan adunan kecil2 [besar guli] dalam loyang.
5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.



Nie guna resepi yg sama tapi tak bubuh choc. chips so jadik biskut nestum rangup le plak...he...he...maisya bubuh milo jer tak bubuh serbuk koko so warna dia tak gelap. Nie resepi yg maisya dah ubah

BISKUT NESTUM RANGUP
Bahan A
250 g butter/marjerin
160 g gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla

Bahan B [gaul rata]
230 g tepung gandum - ayakkan
70 g serbuk milo
50 g nestum
1 sudu besar serbuk instant coffee( nescaffe ) – jika suka

Cara
1. Gaulkan butter dan gula sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau rata.
3. Masukkan bahan B perlahan dan kacaukan dengan senduk kayu.
4. Sudukan adunan kecil2 [besar guli] dalam loyang.
5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 160'C(api atas dan bawah) selama 15 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.

8 comments:

hanny said...

maisya.. hari tuh cari resepi biskut choklat chips nih..nanti weekend nak try lah....nampak menarik!!

Maisya said...

biskut ni senang nak buat, cubalah ye!

NoRlyZ BaTisTa said...

Nak tanya tepung biskut tu apa..Tak pernah dengar la.. Kalau kat kedai dia panggil tepung biskut kee..Atau ada nama lain..

Maisya said...

tepung biskut tu nama lain dia tepung ros kot kalau tak silap...kalau pi kedai jual baha-bahan kek mesti ada tepung biskut ni tapi maisya tak pernah guna pun...selalu guna tepung gandum biasa je, jadik jugak.

Anonymous said...

nak try gak la coklat chip nie... ble kan... kan...

Maisya said...

anonymous,
boleh aih nak cuba ..apa salahnya.

Anonymous said...

i dah cube..sedap la thnks b'coz kongsi resepi ni
hehe

Maisya said...

anonymous,
thanks to kak liza atas resepinya yg 'meletop' ni