Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2007

Apam Gula Merah

Imej
Kuih ni dah lama buat...tahun lepas kot tapi terlupa nak letak kat blog ni. Apam Gula Merah....asalnya resepi apam gula hangus Xette, malas nak buat gula hangus so bubuh air gula merah jer ganti...

APAM GULA MERAH
1 1/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan susu tepung
1/4 cawan gula kastor
1 biji telur
1 camt soda bikarbonat
1/4 cawan air
1/2 cawan air gula merah(1/2 cawan gula merah + air , dimasak hingga gula larut, tapis)

-Sediakan air gula merah, biar sejuk.
-Ayak tepung, susu dan soda sebanyak 2 kali.
-Pukul telur dan gula hingga kembang.
-Masukkan air.
-Tambah air gula merah dan tepung berselang-seli dan gaul sebati.
-Tuangkan ke dalam acuan yg sudah dilengser dengan minyak.
-Kukus hingga masak(15 minit)

Egg-Mayo Bun

Imej
Roti kali ni guna resepi HOTDOG&BURGER BUNS. Atas tu bubuh telur rebus + bawang besar + mayonis + daun sup + serbuk lada hitam, garam. Roti yg kat belakang tu roti kosong jer...Maisya belah 2 dan bubuh timun & sambal ikan bilis.

Homemade Kuey Teow

Imej
Dah lama teringin nak buat kuey teow sendiri tapi malas...last week buat jugak akhirnya. Dekat FNR ada resepi dari K.Noormasri tapi yang tu guna tepung high protein, boleh aja nak guna tepung gandum tapi sukatan air tu mesti lari sikit...tu yg malas tu. So Maisya try resepi yg ada di MyResipi. Ok jugaklah hasilnya cuma Maisya buat jadik agak lembut sebab pi gatai tangan tambah air...he..he..kena guna banyak tepung jagung masa roll tu sebab tak nak bagi dia melekat-lekat...memang bermandikan tepung haritu.

Homemade Kuey Toew.
oleh: umi_e
http://myresipi.com/top/detail/917

Bahan-bahan ( satu kilo )
350 tepung gandum
150gm tepung beras
1 biji putih telor
200 ml air
tepung ubi/tepung jagung secukupnya
minyak secukupnya
air untuk merebus
garam secukupnya

Cara-cara
-Satukan kedua jenis tepung,putih telur dan air ke dalam mangkuk adunan dan uli doh.
-Kemudian jerang air dalam periuk dan setelah air mendidih, masukkan sedikit minyak masak ke dalamnya)
-Setelah adunan siap, masak air dan letakkan sedikit min…

Apam Pandan

Imej
Teringin nak buat apam perasa pandan...nak buat apam puteri ayu tak boleh sebab tak de ovalette so modify apam gula hangus xette jadik apam pandan..bubuh santan dan jus daun pandan. Tapi tak terasa pandan sangat sebab guna sehelai je daun pandan(malas nak pi ambik kat depan rumah sebab masa buat tu dah malam)

Ni resepi yg dah diubah:

Apam Pandan
Bahan A
1 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula kastor
1 biji telur
1 camt soda bikarbonat

Bahan B
3/4 cawan santan, blenderkan bersama beberapa helai daun pandan dan pewarna hijau.
1/2 cawan gula pasir

-Campur dan panaskan bahan B sekejap hingga gula larut. Sejukkan( suam pun ok)
-Ayak tepung dan soda sebanyak 2 kali.
-Pukul telur dan gula hingga kembang
-Tambah bahan B dan tepung berselang-seli dan gaul sebati.
-Tuangkan ke dalam acuan yg sudah dilengser dengan minyak.
-Kukus hingga masak(lebih kurang 15 minit)

Popia Basah

Imej
Kali kedua buat popia basah. Masa kali pertama dulu maisya guna sepenuhnya resepi k.Dewi, boleh tengok page ni utk resepi tu POPIA BASAH. Kali ni maisya gabungkan resepi k.Dewi dan jugak kat Maizana dari FNR. Nie resepi dari K.Maizana pulak...bolehlah pilih nak cuba yg mana satu. Tak banyak beza pun sebenarnya. Kali ni kulit dia agak tebal le plak..tak pe lah...habis jugak! Maisya tak taruh tauhu dalam inti tu sebab tak berapa suka. POPIA BASAH recipe posted by Maizana at FNR A: KULIT POPIA

1kg tepung gandum
1 litre air
1 sudu kecil cuka makan
1 sudu kecil garam

Masukkan cuka makan dan garam kedalam air. Bancuh tepung di dalam bekas.. dan biarkan lebih kurang 1 jam. Gunakan tangan untuk membuat kulit popia.

B: BAHAN SOS

250 g lada kering, buang biji, rebus dan blend
200 g kurma (tanpa biji) atau ksimis hitam
Gula pasir/ perang secukup rasa (1/2 cawan), jika ingin rasa manis lebihkan sedikit.

Blend lada dan kurma berasingan. Masukkan dalam periuk.. masak dengan api perlahan hingga hamppir pekat. Ma…

Magnolia's Vanilla Cupcakes

Imej
Buat ni sebab nak habiskan buttercream dan piping gel lebihan dari deco cake last week. Design ikut suka hati jer. Cake tu guna resepi Magnolia's Cupcakes.

Magnolia's Vanilla Cupcake
Recipe courtesy Allysa Torey, More From Magnolia: Recipes from the World-Famous Bakery and Allysa Torey's Home Kitchen, Simon and Schuster, 2004

Ingredients
1 1/2 cups self-rising flour
1 1/4 cups all-purpose flour
1 cup (2 sticks) unsalted butter, softened
2 cups sugar
4 large eggs, at room temperature
1 cup milk
1 teaspoon vanilla extract

Instructions
Preheat oven to 350 degrees F.
Line 2 (1/2 cup-12 capacity) muffin tins with cupcake papers.
In a small bowl, combine the flours. Set aside.
In a large bowl, on the medium speed of an electric mixer, cream the butter until
smooth. Add the sugar gradually and beat until fluffy, about 3 minutes. Add the
eggs, 1 at a time, beating well after each addition. Add the dry ingredients in 3
parts, alternating with the milk and vanilla. With each addition, beat until the
i…

Happy Birthday Maryam

Imej
Ni dia kek utk birthday anak maisya...gambo atas kek tu gambar TOTORO ; anime yg dia suka tengok .. tapi tak berapa menjadik..nasib baik dia kenal jugak...he..he.....Piping gel tu maisya buat sendiri. Dalam dok research kat internet terjumpa plak resepi piping gel yg tak guna gelatine so try buat...dari segi rupa dia rasanya tak de beza kot dengan yg beli kat kedai tu ( tak pernah beli dan tengok pun piping gel tu sebenarnya ).. dari segi rasa mungkin lainlah, yg ni dia ada rasa masam tapi tak le sampai menjejaskan rasa kek tu coz guna pun sikit jer kan...apa rasa piping gel yg jual kat kedai tu ye? Kek tu guna butter cake resepi Bebop...resepi ada kat sini Moist Butter Cake

Nie resepi Piping Gel yg maisya guna

Free Easy recipe for Home Made Piping Gel
http://design-wedding-cakes-pictures.blogspot.com/2007/03/free-easy-recipe-for-home-made-piping.html

INGREDIENTS
1/3 cup sugar,
1 tablespoon cornflour,
1/4 cup freshly squeezed lemon juice,
1/4 cup water.

METHOD
Mix sugar and corn flour in a smal…

Scottish Shortbread

Imej
Biskut yg sungguh sempoi bahan-bahannya....tapi sedap. Kalau rajin hias le dgn coklat ke etc.

Scottish Shortbread IV
source: allrecipes.com
Submitted by: Linda
Rated: 4 out of 5 by 85 members Yields: 24 servings

"This is the most basic cookie recipe there is. Real butter and brown sugar give it an irresistible flavor."

INGREDIENTS:
455 g butter
220 g soft brown sugar
560 g all-purpose flour

DIRECTIONS:
1. Preheat oven to 325 degrees F (165 degrees C).
2. Cream butter and brown sugar. Add 3 to 3 3/4 cups flour. Mix well.
3. Sprinkle board with the remaining flour. Knead for 5 minutes, adding enough flour to make a soft dough. Roll to 1/2 inch thickness. Cut into 3x1 inch strips. Prick with fork and place on ungreased baking sheets.
4. Bake at 325 degrees F (165 degrees C) for 20 to 25 minutes

Muffin Pandan

Imej
Maisya jumpa resepi ni di web myresipi.com. Maisya bubuh eno tu separuh je dari yg tulis kat resepi( beli eno satu paket kecik je...ingatkan cukup rupanya dapat 1/2 sudu besar jer ) so sepatutnya akan jadik lebih gebu dan naik.

Pandan Muffin
oleh: joayee http://www.myresipi.com/top/detail/1408

Pandan Muffin-No Egg No Dairy. For those who allergic to dairy product + eggs (sesuai utk anak2 yang eczema). Light texture + moist

Created on : 29-03-2007
Bahan-bahan ( 6 )

1 1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula (manis..bole kurangkan ikut selera)
1/2 sudu kecil soda bicarb
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 cawan minyak masak
1 cawan santan pekat (kurangkan sedikit kalau santan cair)
1 sudu besar Andrews Liver Salt/antacid or di malaysia-ENO
sedikit perasa Pandan + Warna hijau

Cara-cara
1.campurkan bahan kering (tepung, gula, soda bicarb, baking powder) kedalam satu bekas.
2.Campurkan bahan basah (santan, minyak, colour, perasa pandan) kedalam satu bekas.
3.Masukkan (2) ke dalam (1), sambil dikacau dengan garp…

Old Fashioned Donuts ..Returns

Imej
Nie percubaan kedua buat old fashioned donuts ni. This time better dari haritu punya sebab kali ni try utk handle dough tu seminimun yg boleh dan sementara tunggu yg dlm kuali tu masak, doh yg lain tu simpan dlm petiais. Menjadik gak akhirnya...psst Maisya terap guna gelas dan tudung botol ajer tau..he..he..

Boleh nampak kan perbezaan dgn gambar bawah ni yg haritu punya...
Resepi boleh check sini old-fashioned-donuts

Udon

Imej
Alhamdulillah berjaya buat udon sendirik!So semalam buat Kakiage Udon.

Udon
420g Tepung gandum
180g Tepung Ubi Kayu
2 sudu besar garam
280cc air

-Larutkan garam dalam air.
-Tuangkan sedikit demi sedikit air ke dalam campuran tepung gandum dan tepung ubi sambil menggaulnya dengan chopstick/garfu.
- Satukan adunan hingga jadi doh.
-Masukkan doh ke dalam beg plastik( the best guna plastik beras tu ).
-Alaskan atas plastik tu dengan kain then pijak-pijak hingga leper. Bila dah leper, lipat-lipatkan doh dan pijak lagi hingga leper semula...ulang proses ni about 10 kali. ( Ni cara tradisional buat udon, kalau tak mau pijak guna tangan ler ye )
-Biarkan doh dlm plastik tu dan peramkan 2 hingga 3 jam pada suhu bilik.
-Lepas tu bolehlah gunakan pasta machine tu utk gelek dan potong macam buat mee kuning tu. Kalau nak ikut cara tradisional kena roll then hiris dengan pisau.
-Gunakan tepung jagung atau tepung ubi kentang/potato starch utk handle doh tu semasa menggelek dan memotong supaya adunan tak melekat-…

White Stew/Cream Stew

Imej
White Stew/Cream Stew
sumber: Bistro SMAP's Complete Recipe book
hidangan utk 4-6 org

Bahan A:
Isi ayam-digaul dgn garam dan lada sulah
3 ubi kentang
2 carrot
1 bawang besar
1 broccoli
5 cendawan butang
2 celery
15 kacang buncis

Bahan B:
60g butter
60g tepung gandum
5 cawan susu segar suam
5 cawan stok ayam @ kiub ayam dilarutkan dgn 5 cawan air
1 helai laurel/bay leaf ( tak de pun tak pe la...)
garam
lada sulah
1 1/2 cawan fresh cream

Bahan C:
200g twist macaroni/fussili - direbus sehingga lembut, ditos

Cara:
1. Semua bahan A dipotong kecil/saiz yang sesuai
2. Cairkan butter dalam periuk dan goreng sebentar semua bahan A.
3. Alihkan periuk dari api. Masukkan tepung gandum dan gaul rata.
4. Letakkan semula periuk atas api dan tambah susu. Gaul rata dan tambahkan pula stok ayam dan daun laurel. Gaul rata dan masak sehingga semua bahan empuk dgn api yg sederhana. Kacau sekali sekala.
5. Tambahkan garam dan lada sulah mengikut citarasa.
6. Tuangkan fresh cream sejurus sebelum tutup api. Kacau hingga sebati.
7. Ma…

Apam Aiskrim

Imej
Uwaa...tension jer buat apam ni...walaupun bentuknya cute dan rasa pun sedap tapi nak buat tu leceh sikit. Kon kertas tu asyik tergolek je kat dalam periuk kukus tu, tak mau duduk tetap. Maisya buat kecik jer ada le saiz mini cornetto tu tapi buat sikit jer, yg lain tu buh dlm acuan muffin jer, senang kerja..he...he..jadikler aiskrim bentuk cup plak. maisya guna kertas minyak/baking sheet tu so dia lembik sikit. Rasanya better pakai kertas yg keras sikit kot...tapi kertas minyak ni senang le nak bukak kertas tu bila dah masak....kalau kertas yg keras tak tau le macamana ek? kertas A4 tu ok kot, keras le sikit dari kertas minyak ni.

Apam Ice Cream
recipe by MIL Erna posted at MamaFaMi's FP http://mamafami.fotopages.com/?entry=1100329

Bahan-bahan :
3 cawan tepung gandum
4 biji telur
2 cawan gula pasir
3/4 cawan ice-cream soda / sprite / 7up
1 sudu essence rose
sedikit pewarna merah
kertas secukupnya (5.5 in x 4 in) - dibuat bentuk kon

Kaedah penyediaan :
1. Pukul telur + gula hingga kembang
2. M…

Miso Syiru

Imej
Haritu terbaca kat web myresipi yang utk buat miso soup, miso paste tu boleh digantikan dgn tauchu yg dilumatkan...so semalam try le buat. Dah lama sebenarnya teringin nak buat miso syiru kat malaysia ni tapi malas nak pi cari miso paste tu.

Utk dashi maisya guna stok ikan bilis(rebus ikan bilis lepas tu tapiskan). Cuma bubuh tauhu dan daun bawang je tapi menjadik jugaklah cuma kurang pekat sikit....kena bubuh tauchu tu banyak sikit baru ok kot...semalam takut nak bubuh banyak sebab takut masin plak. Kalau dapat bubuh wakame lagik real.

Boleh jenguk web myresipi ni utk resepinya http://www.myresipi.com/top/detail/855

Manju

Imej
Mushi Manju = Japanese steamed cake

Bahan:
tepung beras/tepung gandum
baking powder
gula
air
pewarna(jika mahu)
inti kacang merah

Cara:
Larutkan gula dlm air( guna air suam supaya senang larut ).
Tuangkan air gula ke dalam campuran tepung dan baking powder sedikit-sedikit hingga dapat adunan yg dapat dibentuk
Ambil sedikit adunan dan leperkan, isikan dgn kacang merah dan balutkan. Boleh bentukkan bulat sahaja atau bolehlah nak buat bentuk apa pun.
Susun dalam loyang yg dah disapu minyak, atau lapik dengan baking sheet for each...jangan letak rapat-rapat sebab dia akan mengembang masa masak.
Kukus dengan api sederhana lebih kurang 15 minit.

#resepi sebenar guna tepung beras or tepung gandum tapi maisya tersilap ler terguna tepung pulut plak...hu..hu..hu.. . Tak pe lah...jadik ala-ala mochi rasanya.

complete recipe boleh tengok sini http://konny.fc2web.com/info/recipe_mushimanju_e.html

Pandan Layer Cake

Imej
Maisya dah simpan lama resepi ni baru haritu akhirnya buat jugak. Maisya punya Pandan Layer Cake ni togel je..ha..ha..tak tabur dgn kelapa kering sebab tak berapa suka so jadiklah togel jer...

Alkisahnya, sebenarnya haritu dah nak give up buat sebab sponge cake yg maisya buat tu bantat le plak... Nie dia rupa kek yg bantat tu, ada lagi simpan...nak buang sayang plak


Ingat dah malas nak buat tapi sebab haritu birthday hubby so kenalah buat jugak...Lepas tu buat guna resepi swiss roll je ( refer here SWISS ROLL ) dan bakar guna loyang oven tu so dapat le kek yg lebar dan nipis. Bahagi 3 kek tu then layerkan.

Maisya tak pernah makan pandan layer cake ni so dok imagine layer custard tu lembut cam custard...tapi maybe sebab ada guna serbuk agar-agar dlm resepi tu so bahagian custard tu rasa cam agar-agar ...lain from my expectation

Maisya ikut resepi custard yg k.Mas punya ni…bahagian kek tu boleh guna kek sponge atau chiffon…tak pernah buat kek chiffon so tak berani nak cuba.

PANDAN LAYER CAKE