Friday, April 25, 2008

Masakan Ikan


Maisya suka jugak makan asam pedas tapi hubby tak berapa suka sebab hubby tak suka masakan yg pedas, berminyak & yg letak belacan. Resepi yg ni kira oklah sebab tak guna minyak so tak berminyak dan belacan pun maisya tak letak sebab memang kat rumah ni tak pernah beli belacan. Resepi ni suruh kukus tapi maisya rebus je semua bahan. Bila dah mendidih baru masukkan ikan dan tomato....malas nak keluarkan pengukus sebenarnya.


IKAN KUKUS ASAM PEDAS
Sumber : Koleksi Masakan Noris

Bahan-bahan

1 ekor ikan siakap
(maisya guna ikan kembung)

1 labu bawang besar (kisar)
1 ulas bawang puteh (kisar)
1/2 inci halia (kisar)
5 tangkai cili kering (kisar) ( maisya campur cili kering yg dah direbus dan jugak cili hidup )
1 batang serai (kisar)
Sedikit belacan (kisar)
( maisya tak bubuh )

1/2 cawan air asam jawa
1 tangkai daun kesum
Garam dan perasa secukupnya
* maisya tambah bunga kantan & tomato

Bunga kobis dan hirisan cili merah untuk hiasan
( maisya tak letak )

Cara Memasak

1. Bersihkan ikan kemudia toskannya. Masuk kedalam pinggan pengkukus.
2. Semua bahan kisar dicampurkan dengan air asam, garam dan perasa secukupnya.
3. Kemudian tuangkan keatas ikan. Masukkan juga daun kesum, hirisan cili dan bunga kobis.
4. Akhir sekali kukus ikan sehingga masak. Kukus lebih kurang 15 minit.
5. Setelah masak, angkat dan masukkan dalam pinggan dan hidangkan panas-panas.




Ada nampak ramai kawan-kawan kat fotopages buat ikan bakar portugis ni....ramai yg guna resepi chef wan; ada bubuh limau kasturi dan kicap...yg maisya buat ni lain sikit resepinya. Masa nak masak baru teringat aluminum foil dah habis...daun pisang pun tak de so last-last maisya guna daun kunyit utk balut ikan ni...itu je yg ada kat rumah ni.
Sumber: K. Ray

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap
(maisya guna ikan pari)
3 sudu besar cili blend
2 biji buah keras
6 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 batang serai
sedikit lengkuas
(tak letak sebab tak de)
3 helai daun limau purut, hiris halus-halus
3 sudu besar minyak bawang putih
1 sudu kecil garam halus
1 sudu kecil gula
aluminium foil

Cara-cara:
1. Buat minyak bawang putih. Ambil 6 biji bawang putih dan basuh. Jangan buang kulit. Tumbuk. Panaskan 1/2 cawan minyak. Tumiskan bawang putih sehingga garing. Sejukkan.
2. Bersihkan ikan dan kelar-kelar ikan itu.
3. Blend bawang putih, bawang merah, buah keras, serai, lengkuas dan cili blend.
4. Gaulkan bahan blend dengan garam dan gula. (Bahan A)
5. Letak ikan atas foil dan sapukan bahan Bahan A Sapu rata.
6. Tuangkan minyak bawang putih dan tabur daun limau purut.
7. Lipatkan foil.
8. Boleh bakar dalam oven, atas api cara BBQ atau atas kuali capati (kuali leper).

2 comments:

shima said...

salam...

sedapnyer nampak ikan bakar tuh...mesti wangi bungkus ngan daun kunyit...sini nk cr kunyit fresh pun susah...inikan pulak daun kunyit!! :D

Maisya said...

shima,
kebetulan akak ada tanam pokok kunyit dlm pasu dan daun dia besar-besar jugak, tu yg boleh guna. Akak ni duduk kat msia tapi masa balik kg angkut daun pandan, daun limau purut lepas tu frozenkan...serai, bunga kantan, daun kesum pun akak frozenkan jugak...bukan apa, kadang-kadang time nak guna tu tak de plak jual kat kedai runcit yg dekat rumah ni...buat macam ni senang.