White Loaf & Pandan Bread



White loaf...resepi jumpa kat fp sue ( mama sofwat ), tapi resepi asal dari k.noormasri... Seperti biasa maisya uli guna tangan je...cara sama macam buat roti yg lain tu ...bakar dia kena lama sikit berbanding masa utk bakar bun...kena letak kat rak bawah sebab kalau letak kat tengah nanti bahagian atas roti tu boleh mencecah rod pemanas kat bahagian atas oven( oven kecik, sebab tu le...kalau oven besar tak de masalah )

ROTI PUTIH
source: Noormasri , FNR

Bahan-bahan:

1 cawan air suam (luke warm)
1 sudu kecil garam
1.5 sudu besar gula
1.5 sudu besar minyak boleh ganti mentega atau shortening yg dicairkan
3 cawan tepung roti
1.5 sudu kecil yis kering






Roti Pandan...resepi ambil dar fp mamafami, resepi asal dari chef alex goh.

PANDAN KAYA BREAD
http://mamafami.fotopages.com/?entry=1419149
Sumber : Mr Alex Goh

Bahan-bahan :

(A)
300g tepung roti
2 sudu kecil yis kering
45g gula
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu besar susu tepung

(B)
1/2 biji telur - separuh lagi boleh simpan utk sapu atas roti nanti
60ml santan
1/2 sudu besar jus pandan
sedikit pewarna hijau
105ml air

(C)
20g shortening - maisya guna butter

(D)
130g kismis

Topping ( topping ni dpt byk, rasanya kalau buat separuh sukatan pun dah cukup )

30g mentega
30g gula
60g tepung gandum

Kaedah penyediaan :

1. Adun (A) hingga sebati.
2. Campurkan (B), uli hingga menjadi doh.
3. Tambah (C), uli hingga doh menjadi lembut dan licin.
4. Tambah (D), adun hingga sebati. Biarkan doh naik, lebih kurang 50 - 60 minit.
5. Topping : Campurkan mentega dan gula hingga sebati. Tambahkan tepung sehingga menjadi seperti serbuk roti. Ketepikan atau simpan di dalam peti ais.
6. Bahagikan doh kepada bebola seberat 15g.
7. Biar doh naik selama 45 minit atau dua kali ganda saiz asal. Sapukan telur di atasnya dan taburkan topping.
8. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada 175 C selama 15 minit, guna api atas dan bawah. Sedia untuk dihidangkan.




Nie ada 2 website yg bagus bagi sesiapa yg baru belajar nak buat roti:

http://www.recipetips.com/kitchen-tips/t-148-/bread-preparation-guide.asp

http://video.epicurious.com/index.jsp?fr_story=c623f6d3e00a19c93102d8f72f33dd8e15b2f7fd

Ulasan