Pear Muffin



guna resepi Basic Muffin Sue...tambah buah pear yg dah dipotong dadu...atas tu bubuh topping lebihan dari topping untuk Roti Pandan last week( boleh refer sini)

Ulasan

Anonymous berkata…
kak maisya..
nk tanya nie..
kak maisya guna oven ape?bape setting dia dan ms unk bakar 2..?
sy nya oven xtaula nape muffin @kek yg sy buat semuanya akan garing tepinya..walaupun dah ikut sukatan ms dan setting pns dia tu..
ttp gak mengecewakan..huhuhu..
sy br nk belajo ni..
suka tgk kak maisya nye muffin dan kek tu geram je..
=> enan_zulikh@yahoo.com <=
Maisya berkata…
oven akak kecik je Brand Pensonic yg 17L. Setting utk cake, muffin, roti, biskut tak sama...dulu akak pun selalu buat muffin dan roti kurang menjadi sebab tak betul setting suhu dia. Make sure oven dah dipanaskan terlebih dahulu sebelum guna..akak selalu panaskan sampai rod pemanas tu dah tak menyala( maknanya suhu dah stabil )...about 15 minutes jugaklah....oven akak ni tak berapa sekata pembakaran dia so nanti kena pusing tray bila dah 3/4 masak.

Sebagai panduan;

kek:
--> suhu 160 C
-->api atas dan bawah
-->masa bergantung jenis kek, selalunya dari 40 minit hingga sejam...kalau lepas 40 minit tak masak lagi, tambah sikit-sikit masa dan kena rajin-rajin le check.
** ni utk kek yg biasa je, kalau utk swiss roll dan jugak kek lapis lain caranya so kena check resepi.

untuk muffin:
-->suhu 190 C
-->api atas dan bawah
-->masa, 20 hingga 25 minit

biskut:
-->suhu 160 C
-->api atas dan bawah
-->masa, 10-15 minit or 20 minit kalau biskut tu tebal

roti:
-->suhu 170-175 C
-->api atas dan bawah
-->masa bergantung pada jenis roti...kalau bun yg kecik-kecik dlm 10-15 minit, kalau bentuk loaf lama sikit.
shima berkata…
salam...

1st time nih nengok org wat muffin guna buah pear...mesti sedap giler...kreatif2!!
Anonymous berkata…
Tima kasih kak maisya...
ptg ni nk try godek wat muffin lak..
semlm wat roti alhamdulillah ok
cuma keras ckit sbb lama sgt dok dlm oven (setting ms br dok adjust..huhuhu)
Bal aka Zai berkata…
kak maisya..i love ur blog....
Maisya berkata…
shima,
ni kes buah pear kat rumah ni dah lebam-lebam tak dimakan so campur la dlm adunan muffin.

enan,
tu la kita kena cuba byk kali supaya betui-betui kenal dgn oven kita

bal,
tq...segan le plak bila cakap cam tu :p