Pau Coklat & Kuih Gunting

Pau ni resepi macam biasa, ikut yg kat paket mauripan tu...kali ni buat belang-belang idea dari forumer Kero-Kero di FNR ...dia buat belang dgn warna hijau + pandan. Maisya buat bubuh koko, bahagi 2 adunan...satu biar plain dan satu lagik campur dengan serbuk koko yg dah dibancuh dgn sedikit air. Uli sampai warna koko tu sekata..lepas tu proof macam biasa dan cara nak buat belang tu ada maisya tunjuk kat gambar bawah ni. Inti plak guna chocolate ganache lebihan buat kek haritu. Before kukus tu oklah comel jer...bila dah kukus, hu...hu....comot le plak. Ada yg inti coklat meleleh keluar...yg dlm gambar ni kiranya yg paling elok rupanya...








Kuih gunting ni sebenarnya ikut resepi kulit karipap...senang sikit. Kalau tengok resepi kuih gunting yg sebenar byk plak bahannya macam telur, marjerin...malas le. Gelek nipis dan potong dgn pisau halus-halus, bila dah goreng rangup jer. Kuantiti shortening dengan minyak tu nak tukar pun boleh...kalau resepi asal kulit karipap tu guna 1 1/2 sudu besar marjerin & 1/2 sudu besar minyak...tapi masa buat ni cuma ada shortening je, dah le tu ...bila sukat cuma dapat 1/2 sudu besar...terpaksa modified resepi.


KUIH GUNTING

3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung beras
1/2 sudu besar lelemak sayuran(vegetable shortening)
1 1/2 sudu besar minyak masak
garam
1/4 air sejuk( dari peti ais )
rempah( ikut suka la nak letak kari ke apa, maisya bubuh rempah masala )
daun kari

-Campur tepung gandum, tepung beras, rempah dan garam
-Tambahkan shortening dan minyak, dengan jari, gaulkan hingga tepung menjadi seakan 'breadcrumbs' (butiran kecil yang halus).
-Campurkan air sedikit demi sedikit dan gaulkan hingga sebati.
-Canai nipis adunan dan potong nipis dengan pisau.
-Goreng dengan api sederhana bersama dengan daun kari sehingga garing.



Ulasan

MamaFaMi berkata…
Aduhai mak tuan... naperlah rajin bebenor budak Maisya ni... mama ni, pau satu kaler tu pun dah lama tak buat! Hehehe... tapi mana tahukan, kot semangat Maisya ni termeresap kat mama... tup tup keluar pau kaler kaler kat fp ma.. hehehe...
Maisya berkata…
mama,
kadang-kadang je yg rajinnya ...he..he..suka tgk sesuatu yg lain dari yg lain.