Chocolate & Blueberry Parfait

Sekarang ni cuaca agak panas..tambah plak tgh musim durian....bertambah panas le badan ni bila dah makan durian...haritu jengok fotopages kak Linda ternampak Ichigo Parfait...tergoda la plak...masa puasa 27 Rejab haritu buat ni utk berbuka...simple je nak buatnya, just lapiskan je adunan cheese dengan apa yg kita suka...kalau ada cornflakes, biskut( dihancurkan ) ke boleh letak kat lapisan bawah sekali dan jugak atas sekali...pendek kata bubuh je apa yg kita nak.



Chocolate & Blueberry Parfait

Adunan cheese:
1 cawan cream cheese ( maisya guna homemade cheese, rujuk nota di bawah )
1/2 cawan sour milk ( sila rujuk nota di bawah )
2 sudu besar powdered sugar

Pukul semua bahan hingga sebati dan smooth. Nisbah bahan-bahan ni sebenarnya boleh adjust sendiri..nak lebihkan cheese ke etc...ikut selera masing-masing.

Chocolate Syrup:
1/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan air
1/2 cawan gula
garam
1/2 sudu teh esen vanilla

Gaul rata semua bahan( kecuali esen vanilla) dan masak dengan api sederhana hingga mendidih. Biarkan mendidih selama 1 minit sambil dikacau supaya tak hangit. Bila dah sejuk, tambah esen vanilla. Gaul rata.

Bahan lain:
Bluebery filling
Choc chips

Cara Maisya lapiskannya:
Sediakan gelas yg tinggi.
Tuangkan sedikit chocolate syrup.
Letakkan adunan cheese di atasnya( letak perlahan-lahan supaya tak comot..maisya buat tu comot je)
Taburkan chocolate chips dan tuangkan sedikit chocolate syrup.
Lapiskan dengan adunan cheese.
Sudukan blueberry filling ke atasnya.
Lapiskan dengan adunan cheese.
Taburkan chocolate chips dan hiaskan dengan sedikit chocolate syrup.
Sejukkan sekurang-kurangkan sejam sebelum dihidangkan ( sila tutup mulut gelas tu dengan cling wrap sebelum simpan dalam peti ais )

nota:
*homemade cheese
sila rujuk entry maisya yg ni :
Homemade cheese

*sour milk
sour milk = Mix one tablespoon lemon juice or distilled white vinegar with one cup of milk, let stand for 5 minutes

Ulasan

PINATBATE berkata…
alamak maisya..kakpinat tengah ganti puasa hari ni..nampak gambar tu menitik-nitik air liur atas keyboard...rasa parfait ni macam aiskrim,kek,puding atau ??
Maisya berkata…
k.pinat,
senang je buatnya, cubalah...
parfait ni adik beradik sundae..biasanya just guna whipped cream, ada letak aiskrim le macam-macam...maisya buat yg guna cheese so rasa masam-masam sikit...