Ramadhan

Selamat menyambut bulan yg penuh keberkatan...bulan Ramadhan. Moga kita diberi kekuatan utk mempertingkatkan lagi amalan kita sepanjang bulan ini dan juga bulan-bulan seterusnya. Puasa melatih kita agar dapat mengawal nafsu, jadi berpada-padalah dengan hidangan kita ketika berbuka dan juga bersahur tu.

Usahalah untuk istiqamah membaca al-quran selepas solat, bersolat sunat terutamanya tarawih (tak semestinya perlu berjemaah di masjid atau surau...bagi yg ada anak-anak kecil macam maisya ni lebih selesa solat tarawih dikerjakan di rumah) serta qiamullail jika mampu...Insyaallah!

Hazrat Salman r.a. berkata bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda kepada kami pada hari terakhir bulan sya'aban:

"Wahai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi diberkati. Satu bulan yang dalam bulan itu terdapat satu malam (lailatul Qadar) yang lebih baik drp seribu bulan. Satu bulan yg Allah S.W.T. telah menjadikan puasa pada siang hari sebagai satu amalan fardu dan berdiri pada malam hari berterawih sebagai satu amalan sunat. Sesiapa cuba menghampiri Allah S.W.T. pd bulan itu dgn mana-mana amalan sunat maka seumpama seorang yang menunaikan satu fardu pada bulan-bulan yg lain dan sesiapa yang menunaikan satu fardu pada bulan itu adalah seumpama seseorang yang menunaikan 70 fardu pada bulan-bulan lain.

Bulan itu adalah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran adalah syurga.Bulan itu adalah bulan simpati, bulan yang ditambahkan rezeki kepada orang-orang yang beriman. Sesiapa yang memberi seseorang berpuasa untuk berbuka, maka pemberiannya itu merupakan pengampunan utk dosa-dosanya dan kelepasan dirinya dari neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikit pun daripada ganjarannya."


Para sahabat r.anhum lalu berkata: 'Tidaklah setiap drp kami mempunyai sesuatu utk diberi kepada orang yang berpuasa utk berbuka puasa' . Maka Rasulullah S.A.W. bersabda, "Allah S.W.T. memberikan pahala itu kepada sesiapa saja yang memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisip susu kepada orang yang berpuasa utk berbuka."

"Bulan itu adalah satu bulan yang pada bahagian awalnya merupakan rahmat, pada pertengahannya merupakan keampunan dan pada akhirnya merupakan kelepasan drp neraka. Sesiapa yg meringankan bebanan hamba-hambanya(pekerja-pekerjanya) pd bulan itu maka dia akan diampunkan oleh Allah S.W.T. dan akan dilepaskan drp azab api neraka.

Perbanyakkanlah pada bulan ini empat perkara. Dua perkara pada kamu dpt meredakan Tuhan kamu dan dua perkara lagi yang tidak boleh tidak kamu perlukan. Ada pun dua perkara yang kamu dapat meredakan Tuhan kamu dengannya adalah penyaksian bahawa tiada Tuhan selain drp Allah(Laa ilaha Ilallah) dan kamu mohon istighfar daripadaNya. Manakala dua perkara yang tidak boleh yang tidak boleh tidak kamu perlukan ialah memohon syurga drp Allah S.W.T. dan meminta perlindungan drp api neraka.

Sesiapa yg memberi minum kpd mana-mana orang yg berpuasa, maka Allah S.W.T. akan memberinya minum dr telaga(Al-kautsar) pd hari kiamat; dgn sekali minum, dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dalam syurga.."

Ulasan

MamaFaMi berkata…
Selamat menyambut Ramadhan al Mubaraq buat Maisya sekeluarga. Maaf andai ada yang mama terkasar bicara. Keep well ya...
zira berkata…
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan utk kak maisya sekeluarga..semoga puasa kita tahun nih lebih di berkati
Hajar berkata…
salam...selamat menjalani ibadah puasa
jasmeen berkata…
Salam Ramadhan & salam merdeka utk maisya...
Salam taaruf...
Time kasih sbb sudi singgah FP akak..
Big thanks utk tips yg maisya kasik tu yerr...akak mmg x penah buat s.roll, tu yg ghoper mcm gitu...ari tu sifu mamafami ada xplain oz convert to cawan, so akak follow jer la...muahahaha...x per2..kene cuba lagik smpi berjaya....
zira berkata…
salam kak maisya..selamat berpuasa
ada award utk akak..nanti dtg ambik yer
sue,cairo berkata…
Marhaban ramadhan kareem buat kak maisya skrga..semoga keberkhatan ramadan menyelubungi kehidupan kita..

Maaf zahir batin.
Bal aka Zai berkata…
Selamat berpuasa Kak Maisya..nanti ambil tag.
Maisya berkata…
Selamat menyambut Ramadhan untuk semua!