Sooji Ki Barfi
![](http://img.photobucket.com/albums/v334/maisya/sooji.jpg)
Sooji Ki Barfi
2 cawan suji
1 tin susu pekat manis
1 1/2 cawan minyak sapi/minyak masak
4 cawan air
15-20 biji badam (dihiris)
2 sudu besar kismis
3-5 helai safran(direndam dlm 1 sudu besar air)
3-5 biji badam (dihiris) - utk ditabur diatas kuih
-Panaskan minyak sapi di dalam periuk. Goreng badam dan kismis sehingga agak keperangan. Angkat dan ketepikan.
-Goreng pula suji menggunakan minyak yg sama sehingga warna agak keemasan. Tambahkan safran( bersama air rendamannya ) dan 4 cawan air. Kacau selalu. Kecilkan api dan terus kacau hingga semua air kering.
-Tambahkan susu pekat dan kacau lagi hingga keluar minyak. Masukkan badam dan juga kismis, gaul rata dan tutup api.
-Tuangkan adunan ke dalam loyang (yg telah disapu butter). Potong-potong kecil kepada bentuk segiempat atau diamond. Boleh hias setiap potongan dgn hirisan badam.
#Safron digunakan utk mendapatkan warna kuning jadi Maisya gantikan dgn pewarna kuning sahaja.
Ulasan