Kek Coklat Kukus Harleena
Kek coklat kukus resepi Harleena. Try potong dua dan layerkan dgn coklat tapi tak menjadi. Masa potong (guna benang) tu dah ok, masa nak angkat one part terpecah plak kek tu. Teruskan jugaklah… bila dah siap semua sapu topping tak berapa nampak sgt kecacatannya tu. Tapi bila potong kek tu tengok tak nampak pun layer coklat kat tengah tu…dah meresap ke dlm kek kot……. Kek Coklat Kukus http://roseeta.fotopages.com/?entry=878719 1 1/2 cawan tepung gandum 1 sb soda bikarbonat 1 cawan serbuk koko (ketiga-tiga bahan ni diayak) 1 cawan gula 2 biji telur 1 tin kecil susu pekat (3/4 tin besar 505g) 1 cawan minyak masak 1 cawan air suam 1 sudu teh esen vanilla Cara: 1. telur dan gula dipukul hingga kembang. Masukkan esen vanilla. 2. Masukkan susu, minyak masak dan air suam. Pukul hingga sebati. 3. masukkan campuran tepung ngan koko sedikit-demi sedikit sambil terus dipukul sebati. 4. Tuangkan dalam loyang 9" dan kukus selama lebih kurang sejam. Topping guna serbuk koko, susu pekat dan minya...