Roti lagi...

Seminggu sekali maisya mesti buat roti samada untuk sarapan atau untuk makan petang. Sekali uli guna 1/2 kilo tepung. Selalunya maisya guna resepi yg sama, cuma pelbagaikan inti dan jugak bentuknya. Maisya buat roti guna tepung gandum biasa je....untuk dapatkan roti yg lembut, selain dari teknik yg betul maisya akan tambahkan sedikit baking powder ...hasilnya roti memang lebih lembut walaupun tak menggunakan tepung roti dan, tak perlulah nak tambah bahan kimia yg lain seperti bread improver atau bread softener. Kalau buat pau pun maisya akan tambahkan jugak baking powder...tak guna banyak, anggaran 1/2 hingga 3/4 sudu kecil untuk penggunaan 1/2 kilo tepung( selalunya memang tak sukat, ambik je sikit dan tambah ke dalam adunan tepung ). Kalau gambar tak jelas, klik kat gambar tu nanti akan keluar gambar yg lebih besar.

Dah pernah cuba macam-macam resepi roti tapi tak pernah jumpa yg tak gunakan butter/marjerin/shortening/oil. Tertarik dengn resepi ni so cuba buat. Hasilnya ok jer macam roti yg lain ...bagus utk kesihatan




ROLL BUN
recipe by yani from myresipi.com
http://myresipi.com/top/detail/202

non butter non oil recipe. Sesuai untuk diet

Bahan-bahan ( 8 biji )
- Bahan A -
125g tepung roti
-maisya guna tpg gandum biasa
2 sudu kecil dry yeast
2 1/2 sudu besar gula
50g telur - lebih kurang sebiji telur size sederhana
100ml air (40C) - yg ni maisya guna fresh milk

- Bahan B -
125g tepung roti - maisya guna tepung biasa
1/2 sudu kecil garam
===============
telur untuk sapu - maisya guna kuning telur campur dengan susu sikit

Cara-cara
( maisya tak ikut cara-cara ni , maisya buat macam cara buat roti yg biasa je...tak perlu asing bahan A dan B )
masukkan semua bahan-bahan A ke dalam mangkuk. Kacau.
Kemudian masukkan pula bahan B. Uli sampai licin selama 10-15 minit . Kemudian rehatkan. Biarkan naik 2 kali ganda.
Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin dan bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
Kemudian buat jadi bentuk kon. Canaikan sepanjang lebih kurang 30-35cm dan gulung.
Bakar dalam suhu 180C selama 8 minit





Resepi English Muffin ni jumpa kat fp MamaFaMi...resepi asal dari chef Alex Goh. Sedap dan senang sebab masak atas dapur je tak payah bubuh dlm oven. Boleh guna ganti burger bun. Nie maisya makan dengan kebab. Ada lagik 2 ketui simpan dlm freezer, bila nak guna boleh panaskan semula roti ni.


MUFFIN INGGERIS/ENGLISH MUFFIN
Sumber : Mr Alex Goh
http://mamafami.fotopages.com/?entry=1438682

Bahan-bahan :
(A)
1 1/2 sudu kecil yis kering
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil gula
300 g tepung roti
15 g susu tepung

(B)
180 ml air suam

(C)
1/2 sudu besar mentega

(D)
Semolina untuk menyalut

Kaedah penyediaan :
1. Masukkan semua bahan A ke dalam mangkuk pengadun. Hidupkan mixer.
2. Tuangkan air ke dalam tepung, sedikit demi sedikit hingga tepung bersatu.
3. Masukkan mentega dan uli hingga lembut dan licin. Tambahkan sedikit air lagi jika dirasakan perlu.
4. Masukkan doh tadi di dalam mangkuk dan balutkan dengan beg plastik yang bersih. Biarkan doh naik sekali ganda.
5. Bahagikan doh kepada 8 dan bentukkan menjadi bebola kecil.
6. Salutkan dengan semolina dan susun di atas dulang yang telah ditaburkan sedikit tepung.
7. Biarkan naik selama 20 minit dan bakar di atas kuali kalis lekat dengan api sederhana selama 7 minit. Balikkan dan masak lagi selama 6 minit. Sejukkan di atas redai dan sedia dihidangkan






last week buat pau byk , separuh kukus macam biasa(ni urk sarapan esoknya) dan separuh lagi bakar dlm oven(yg ni utk makan petang tu)...cepat sikit selesai kerja...Maklumlah pengukus kat rumah ni comel je...sekali kukus cuma boleh masuk 4 atau 5 ketul. Nie gambar yg dibakar...yg kukus ada nampak sikit kat belakang tu...atas tu letak mayonis jer...inti dlm tu inti karipap





Cuba buat roti letak oat & raisins....berat sikit roti ni tapi ok jugak rasanya. Yang ni maisya guna resepi utk pau sebab masa tu takde butter or marjerin kat rumah, gunalah resepi pau sebab resepi tu guna minyak je.

Maisya kurangkan 1/4 cawan tepung dari sukatan asal dan ganti dengan 1/4 cawan instant oat yg dah dikisar halus. Selain dari tu maisya tambah 1/2 cawan instant oat( kasar) dan 1/2 cawan kismis( direndam dlm air suam sehingga kembang dan ditapis sebelum digunakan ). Maisya tambahkan juga telur serta baking powder.







Roti-roti yg di bawah ni semua menggunakan resepi roti asas dari Roshayati Rnet, klik sini utk resepinya:
ROTI ASAS.

Yang ni ambik idea dari website ni:http://www001.upp.so-net.ne.jp/e-pan/cheesecream/cheescream.htm

Dalamnya ada inti cream cheese( maisya guna homemade cottage cheese ).

Cream Cheese Filling:

http://lilyng2000.blogspot.com/2005/06/cream-cheese-bun.html
30g castor sugar
100g cream cheese
1 egg lightly beaten
18g cake flour
100ml warm milk
1 - 2 tsp lemon juice (adjust amount according to your preference)
10g butter

Method:
1. Mix cream cheese and sugar till a smooth paste is formed.
2. Add in lightly beaten egg 1/3 at a time and mix well before adding the next portion.
3. Stir in the sieved flour.
4. Add in the warm milk and mix well.
5. Microwave cheese mixture for 2 minutes on HIGH and stir it. After stirring it, send it back to the microwave for 2 minutes on HIGH again. Blend well till you get a smooth paste.
6. Stir in the lemon juice and butter. Send it to chill in the refrigerator





Idea dicedok dari website ni:
http://www001.upp.so-net.ne.jp/e-pan/souzai/souzai.htm

Atas tu letak mayonis, creamed corn(tapis sekejap utk buang air berlebihan), nori/seaweed




Tuna bun




ni adik beradik mexican bun... serbuk kopi tak dak so bubuh serbuk koko...filling pun tak buat sebab malas.

topping utk mexican bun tu ada lebih sikit so buat jadik inti utk yg ni...ok jugak topping tu letak jadik inti.
topping utk mexican bun tu baru-baru masak tu elok je keras tapi lepas beberapa jam dia jadik melekit le plak...before ni buat tak sempat simpan lama so tak prasan. Ada terbaca baru-baru ni ..kalau dah jadik camtu just panaskan semula roti tu nanti topping dia akan jadik keras semula...masa tu tak tahu, makan jelah sampai comot tangan segala...





Sausage bun...idea dicedok dari sini:http://myresipi.com/top/detail/197
Tapi maybe sebab maisya belah 2 sosej tu( konon nak jimat sikit! satu bun guna separuh sosej.. )...bila masak dia jadik melengkung sosej tu..hi...hi..








Roti ala-ala Cinnamon Roll tapi bubuh cocoa powder instead of cinnamon powder.






Ulasan

Soulha,Cairo berkata…
Tahniah rumah baru..cantik..
macam dh kt bakery masuk sini..suka yg simpul dendan tu..sue tk kesempatan nk buat mcm tu lg..mmg tk sempat sungguh dng baby nie..agaknya, kena cari time yg sesuai..

betoi kata kak maisya tu..roti klu nak gebu msuk baking jer..sue dpt nie pun dr try and error jer..tp dok tengok bnyk resepi tkder baking powderkan? sue penah try guna sefl raising flour..punya gebu dan cantik sungguh..maybe tepung tu kan mcm superfine..halus..tk perlu lg nak campur dng high protien bagai..cuba ler.
umeboshi berkata…
best nye..umah baru dah ek! betul kata soulha...macam kat bakery nih. ahaks! kiter pun jadi bersemangat nak menguli roti bila masuk umah k.maisya ni la. syok tgk pelbagai jenis, rupa roti. nyummy!!
Maisya berkata…
sue & noora,
bukan rumah baru, tukar interior designnya jer...ok tak? Saja je belajar sikit-sikit camna nak personalized sikit blog ni, baru nampak lain sikit. Nak buat page banner/title & background tu pun ambik masa berhari-hari, guna Paint Shop Pro. Nie pun tak habih lagi ...nanti ada beberapa tambahan akan dibuat.
shima27 berkata…
rajin betui akak nih wat roti....xyah beli dah...bertuah hubby dia ari2 mkn roti fresh kuar dr oven panas2...fuhhhh.....
Maisya berkata…
shima,
memang best makan roti buat sendiri sebab boleh bubuh apa saja ikut selera kita.
hana berkata…
wahhh rajinnyer wat roti... macam-macam ada.... jimat tak yah bli.. kan? pueh ati wat sendri..
Maisya berkata…
hana,
maisya suka cuba mempelbagaikan bentuk roti...kalau hana ada yg best-best nanti share dgn maisya ye