Slice Cheese Chiffon

Sempena Hari Bapa yg lalu, cuba resepi yg ni...resepi yg agak low cost sikit( barang semua mahai skrg so kena jimat cermat ). Ni kali kelima maisya buat kek chiffon..still tak perfect jugak...atasnya merekah dan jugak kecut sikit tapi still tegap jugaklah bentuknya. Bila agaknya baru dapat buat kek chiffon yg betul-betul cantik...kena cuba lagi dan lagi.



Rupa bahagian atas yg tak cun, merekah!

Rupa bahagian bawah, nampak kek mendap sikit.


Slice Cheese Cake

http://cookpad.com/mykitchen/recipe/465020/

Bahan A

80ml susu segar
3 keping cheese( yg jenis slice tu )



Bahan B
3 kuning telur
40g gula halus
80g tepung kek -diayak
40ml minyak(maisya guna minyak jagung)
2 sudu besar jus lemon(maisya guna jus limau kasturi)


Bahan C
3 putih telur
40g gula halus


1-Panaskan bahan A di dalam periuk hingga cheese cair( jangan biarkan susu mendidih, guna api kecil dan kacau selalu). Sejukkan.

2-Pukul kuning telur bersama dengan gula hingga sebati. Tambahkan campuran susu dan cheese (yg dah sejuk). Gaul sebati. Tambah minyak sedikit demi sedikit dan kacau rata. Tambahkan jus lemon dan gaul rata. Tambah tepung dan gaul rata.

3-Pukul putih telur hingga berbuih dan tambahkan gula sedikit demi sedikit. Pukul lagi hingga bertanduk dan jika diterbalikkan , putih telur tu tak tumpah.

4-Ambil 1/3 dari adunan putih telur dan tambahkan kepada adunan di langkah no 2. Kacau rata.

5-Ambil lagi 1/3 adunan putih telur dan kaup balikkan denga perlahan ke dalam adunan di langkah no 4 tadi. Habiskan baki putih telur dan kaup balikkan hingga sekata( jangan terlalu byk menggaul)

6-Tuangkan ke dalam acuan ( 17 cm) -( tak perlu griskan acuan ) dan bakar dengan suhu 180 C selama 30 minit.

7-Bila dah masak terus terbalikkan acuan dan biarkan kek sejuk dalam keadaan itu.

8. Bila dah sejuk baru lalukan pisau dikeliling kek utk keluarkan dari acuan.




*maisya selalunya lepas dah sukat gula tu akan kisar pulak sampai betul-betul halus.

*maisya guna tepung gandum tapi keluarkan 1/2 sudu besar dan gantikan dgn 1/2 sudu besar tepung jagung

*maisya hanya gunakan mixer utk pukul putih telur tu je, proses yg lain semua guna sudip kayu

*maisya tambah sedikit jus limau kasturi semasa pukul putih telur, atau boleh juga guna cream of tartar utk menstabilkan putih telur tu.

*maisya guna acuan 20cm

*maisya bakar guna 160 C, api atas dan bawah selama 40 minit...acuan letak di rak yg bawah sekali.

Deco sikit dengan sugar glaze( gula icing + susu pekat + pewarna biru )
Happy Father's Day!

Ulasan

MamaFaMi berkata…
At least chiffon Maisya ni, ada gak berdiri. Mama punya marble chiffon (not the orange chiffon) hari tu, bila keluar dari pan, lagi pulak, ada pinggang lagi..ahaks... tu yang ma tak amek gambar sebijik. Ma tayang gambar slice je. Tapi the taste is very nice. I ate most of it actually! Sib baik loyang kecil je... hehehe...
Linda berkata…
Maisya cuba balikkan tak lepas keluar dari oven?Tip ni utk elak dari chiffon maisya turun balik lepas naik...Mungkin maisya dah cuba kot..tapi kak linda cuba buat..hasilnya tak menghampakan..yatte mite..gambatte
shima berkata…
kak maisya!!!
happy anniversary....semoga cepat2 bertambah ahli baru ;) heee
psst sedap laaa chiffon buh cream...x penah rasa tp nampak cam masyukkk jekkk
Maisya berkata…
mama,
chiffon pandan yg maisya buat haritu tak boleh berdiri...tersangatlah lembutnya.

kak linda,
dah terbalikkan dah...tapi rasanya sebab oven pun iye jugak ...oven maisya tu panasnya tak sekata...bahagian yg mendap sikit tu bahagian yg kurang panas...kalau buat biskut bolehlah half way pusing tray tu tapi utk kek ni takut pulak kalau bukak masa tgh-tgh masak tu kot jadik bantat le plak. Maybe the last 10 minutes ke boleh kot kalau nak pusingkan kek tu ek?

shima,
tq...org yg first & the only one yg wish setakat ni...hubby pun tak de kata apa sebab dia tak de kat rumah semalam...hu..hu..hu..ahli baru ke..ha..ha..tunggu tahun depan ek?