Okonomiyaki

Sebenarnya tak pernah makan pun okonomiyaki ni masa kat Jepun, ntah la rasa cam tak yakin je nak makan kat kedai...walaupun kita boleh request bahan-bahan apa yg kita nak tapi...mmm...so cubaan ni berdasarkan apa yg pernah dilihat jer tak tau le rasa dia sama ke idak tapi kalau dah makan rasa sedap tu oklah kan! Nie okonomiyaki versi Osaka ...kalau yg Hiroshima punya tu alahai complicated jer nengoknya...tapi nampak cam sedap sebab yg Hiroshima tu dia ada letak mee sekali....sesapa nak tengok cara buat dia boleh le carik videonya kat youtube.


Okonomiyaki is a Japanese dish consisting of a pan-fried batter cake and various ingredients. Okonomi means "what you like" or "what you want", and yaki means "grilled" or "cooked" ; thus, the name of this dish means "cook what you like". In Japan, okonomiyaki is mainly associated with Kansai or Hiroshima areas, but is widely available throughout the country. Toppings and batters tend to vary according to region.


Untuk bacaan lanjut sila pergi ke sini: http://en.wikipedia.org/wiki/Okonomiyaki


Satu bahan yg penting untuk buat okonomiyaki ni ialah sosnya....Selalunya orang beli je sos okonomiyaki ni tapi since tak de sos tu and I'm not sure sos tu halal ke tak sebab tak pernah belek plak botol dia so maisya pun carik alternatif lain. Resepi yg maisya jumpa untuk sos okonomiyaki ni kena guna Worcestershire Sauce le plak...mana le nak carik...hu...hu..lepas tu terbaca yg boleh guna Teriyaki Sauce untuk ganti okonomiyaki sauce ni...so maisya pun carik le resepi utk sos teriyaki plak....at last nie le resepi yg maisya guna( sebab quite simple ) : Teriyaki Sauce


Bahan untuk batter dia sebenarnya kena guna sejenis ubi ni; Yama Imo....tapi maisya guna resepi yg tak perlukan ubi tu.




Osaka-style Okonomiyaki


Batter:
5 sudu besar tepung
4 sudu besar dashi/stok ikan bilis/stok ayam/stok udang/stok daging
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil gula
garam
1 telur

Bahan-bahan inti( ikut suka nak letak apa..semua bahan dihiris halus):
kobis
daun bawang, daun sup
bawang
sosej
udang

Bahan hiasan:
Sos okonomiyaki
Mayonis
Serbuk nori( seaweed)

Gaul rata semua bahan utk batter.

Campurkan semua bahan inti ke dalamnya dan gaul rata.( agak-agak le kuantitinya...patutnya batter tu cukup sekadar dapat meliputi semua bahan inti )

Panaskan kuali, bubuh minyak sikit.

Sendukkan adunan dan bentukkan bulat( macam pancake ). Masak dengan api sederhana hingga perang kedua-dua belah.

Angkat. Sapukan sos, mayonis dan taburkan serbuk nori.

Sedap dimakan panas-panas.

Ulasan

hanny berkata…
dulu time kat hiroshima selalu buat osaka punya style ajer. Tak pernah buat style hiroshima sebab nampak tak best. Yang osaka punya pheh!!!sedap sangat. Tapi sejak datang sini tak pernah buat lagi okonami yaki. Nanti weekends boleh buat la...
Maisya berkata…
Hanny,
selalu buat resepi yg macamana? Tapi ada jual kan tepung khas utk Okonomiyaki ni, just tambah sayur-sayur etc je kan.
hanny berkata…
selalu buat camtuhlah. kat sini ada jual tepung okonomiyaki tuh tapi tak pernah cuba. Takoyaki punya tepung selalu cuba. Sedap dan mudah ajer...
Loki berkata…
kt mane ek na cari tepung okonomiyaki n takoyaki ni..mcm susa ga ni..tesco?haha
Maisya berkata…
loki,
tepung-tepung tu boleh cuba cari di JUSCO...kemungkinan besar ada.